🎀 27

177 22 11
                                    

Jadi, aku bergaduh lagi dengan Taehyung. kali ini, perbualan itu di matikan olehku terlebih dahulu.  Meskipun aku lakukannya, aku tewas. Aku menangis semahuku saat aku mengingatkan apa yang telah aku ucapkan tadi. Keterlaluankah aku? Jahatkah aku?

Aku tidur dalam tangisan yang tak kesudahan.

dan perucapanku sendiri, bagaikan pita rakaman yang bermain di fikiran.

"Kalau kepercayaan dalam hubungan tu hilang, lebih baik kita tak perlu teruskan hubungan ni. Aku percaya ianya tak akan berkesudahan dengan baik. Kita putus."

Aku putuskan hubungan itu buat kedua kalinya. Keputusan yang aku ambil ketika aku sedang marah dan tertekan. Tapi pada ketika aku berfikir, untuk apa aku teruskan jika dipihaknya langsung tidak meletakkan kepercayaan terhadapku? 

Kalau ikutkan teman rapat, aku punyai lebih dari Jackson. Aku rapat dengan geng exo yang dia tak pernah tahu. Tapi, sedekat apapun itu, aku masih sayangkan hubungan aku jalani ini. Bahkan aku sangat mahu ianya berakhir dengan baik kerana aku tahu, seumur hidupku, aku belum pernah dicintai sebegini dan belum pernah ada orang yang sanggup mengorbankan dirinya mengakui salah demi menyelamatkan maruahku.

Taehyung satu-satunya. Wajarlah aku sangat menyintai dia walaupun hubungan ini tidaklah romantik seperti orang lain. Walaupun disisi lain juga aku mengharapkan ianya terjadi dalam hubungan ini. Namun ianya tak akan terjadi. Bahkan sehinggalah aku memutuskan hal ini, tiada apa yang berubah dalam hubungan ini. 

Aku menarik nafas berat dan hembus. Sukar.

Aku tahan tangisanku agar tiada orang yang akan mendengarnya. Ianya bahkan jadi lebih teruk bila aku menahan. Teresak-esak aku dipenjuru itu tanpa pujukan.

"Aku dah agak dah. Ni mesti kau. Yah! kau dah gila ke menangis tengah malam-"

Aku terus raih tubuh Chanyeol. Aku tak peduli apa yang bakal disumpah oleh Chanyeol selepas ni, sebab apa yang aku perlukan sekarang ni melepaskan segala kesedihan ini pada seseorang.

"Ya-yah, kau kenapa?" Chanyeol bertanya lagi namun kali ini nada suaranya sudah tidak lantang seperti tadi. Aku tidak mampu menjawab apa-apa melainkan menangis. Agak lama kami dalam posisi itu namun Chanyeol langsung tidak membalas pelukkan melainkan cuba untuk leraikan pelukan itu.

"Aku baru putuskan hubungan. Tapi sekarang ni aku yang menangis macam orang gila. Aku ni tak normal ke? Aku ni bodoh ke? Bodoh ke mempertahankan hubungan tanpa kepercayaan?" Aku bertanya pada lelaki itu sebaik saja tangisanku mulai reda. Tak, itu sebenarnya bukan pertanyaan tapi lebih kepada luahan. Aku sedang meluahkan rasa hatiku pada lelaki ini.

Aku menyapu air mataku menyedari akan hal itu. "Aish, kenapa aku luah pada kau pulak kan, hahaha. Mesti kau akan kata aku bodoh kan." Aku pura-pura tersenyum sambil mengesat air mataku dengan belakang tapak tangan.

"Memang kau bodoh pun." tungkasnya. Aku dah agak. Aku pura-pura tergelak lagi. Kali ini aku mengakui kebodohanku.

"Tapi dia yang bodoh kalau dia tak cuba pertahankan hubungan ni." Chanyeol menambah lagi. Aku pandang dia. Maksudnya?

"Sebab sampai tahap kau putuskan dia pun, kau masih sayangkan hubungan ni. Dia bodoh kalau dia tak pertahankan kau. Dia sia-siakan sesuatu yang paling berharga. Iaitu kasih sayang seorang." Chanyeol akhirnya duduk di sisiku. Seakan turut menangisi apa yang telah berlaku padaku.

"Tapi kau betul. Untuk apa berikan kasih sayang pada orang tak percayakan kita. Kau tinggalkan dia, pilihan tepat. Tapi aku harap lelaki tu tak menyesal dikemudian harinya." suara Chanyeol kedengaran sayu. Dia menunduk. Matanya kelihatan merah seperti menahan tangis. Kejap, ini sebenarnya masalah cinta aku atau dia? 

[C] MINEWhere stories live. Discover now