🎀 25

175 23 0
                                    

Aku jadi hilang mood tiba-tiba. Ikutkan hati, nak je aku left group tu. Sakit hati dengan kerenah mereka yang masih cuba masuk campur dalam urusan pribadiku. Orang dah cakap tak payah ambil tahu, malah jadi sebaliknya pula.

"Eee, eeiii, eiiih!" Aku merombak kain tuala yang kemas berada di kepalaku dengar kasar. Tanda protes lah kononnya. Yang jadinya malah rambut aku yang kekusutan padahal baru saja membuat treatment berejam-jam dalam bilik air tadi. Aku kesal sendiri sambil memaki-maki Jungkook dalam hati.  

Aku bangkit dan pakai baju kerana sejak tadi aku hanya bertuala saja. Bunyi notifikasi chat aku biarkan. Malas untuk mengadap sesuatu yang boleh mendatangkan kemarahan tatkala ini.

Selesai aku pakai baju, aku lihat keadaan Chanyeol di bilik sebelah. Syukurlah, dah semakin membaik. Panasnya juga dah berkurang.Baru saja nak keluar, mataku terpandang meja belajarnya. Buku-buku berselerakkan di atas meja. Lansung tidak menyedapkan mata memandang!

Aku melangkah ke situ, dan mengemas buku-buku itu ke raknya. Mungkin kerana tergesa-gesa, sebuah buku jatuh dari tanganku. Aku lihat Chanyeol, risau kalau dia tersedar dari tidurnya. Tapi nasib baik dia tak sedar. 

Aku menunduk untuk mengambil buku itu dan secara tak sengaja aku terlihat gambar Polaroid yang terjatuh dari buku tersebut. Aku ambil dan melihatnya. Gambar seorang perempuan yang memakai pakaian sekolah menengah. Tak syak lagi, ini mesti girlfriend si Chanyeol masa sekolah menengah dulu.

Uhui, cantik juga. Manis saja orangnya.

"Yoona.." Mataku terus ke arah suara itu. Chanyeol tengah bermimpi ke? Yoona? Aish,, yoona ke Yoongi?

Aku merapatinya semula dan singkapkan rambutku ke sisi. Semata-mata nak dengar nama yang disebut oleh Chanyeol dalam mimpinya.

"Yoo..."

"Haa.. Yoo, yoo apa? Yoo jae suk?  Yoongi hyung?  Yoo wassup bro?" aku membebel sendiri.

"Yoo.. na.. "

"Yass. Yoona! I got it. But who's the hell is Yoona?" Aku tertanya sendiri. Seketika, aku lihat gambar Polaroid yang masih berada di tanganku. Tak kan lah, perempuan ni Yoona? 

Aku pandang Chanyeol semula. Mak aii, dia berpeluh-peluh dalam mimpi dia. Adakah Yoona tu hantu?

Aku letakkan gambar tu di tempatnya dan menyimpan buku itu dengan kemas. Aku kembali pada Chanyeol yang nampak begitu mencemaskan. Dia menggeleng-ngeleng dalam tidur, wajahnya berkerut, cadarnya digengam dengan kemas. Macam orang nak bersalin pun ada dan aku pun apa lagi...

"Pushh, pushh oppa! you can do it!" desakku dan matanya terus terbuka dan

"Yoona!" dia bangkit sekaligus terhantuk dengan kepalaku. Aduh, sakitnya. 

"Yah! Micheosseo?!" tengkingku dengan sebal. Yoona, Yoona yoonamampus ke? gerutuku dalam hati sambil mengosok kepalaku. Dia juga melakukan hal yang sama juga tapi untuk seketika, aku lihat dia menangis.

Weh, Park Chanyeol menangis lah.

"Sakit sangat ke terhantuk kepala dengan aku?" Aku bantu menggosok kepalanya juga walaupun kepalaku masih sakit. Dia menangis lagi kuat. 

"Oppa, jangan nangis kuat-kuat nanti kalau mak dengar dia cakap aku buli kau lagi kan.. yah,"

"Omo? kenapa anak jantan aku menangis ni!" Mak dah terjengul kat muka pintu babe. Dengan muka bengisnya dia dah anggap akulah yang membuatkan Chanyeol menangis sebegitu.

Mampus. 

"Eh, tak serik-serik lagi kau ni ya. Dah buat dia demam, buat dia menangis, tak kesian ke kat dia ni. Apalah malang nasib kau ya nak.." Mak peluk Chanyeol sekaligus membenamkan muka lelaki itu di dadanya. Aku syak, Chanyeol tak boleh bernafas sekarang. 

[C] MINEWhere stories live. Discover now