🎀 20

230 24 0
                                    

1364k words gais. lepas ni vote kureng, words pun kureng k. :")
──※ ·❆· ※───

"Ottokachi?" (Bagaimana ni)

Berkali-kali juga aku bertanya soalan yang sama pada manusia yang sedang merenung ke atas syiling sekarang ini.

Dah hampir sejam Eunji sebegitu selepas aku ceritakan apa yang telah berlaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dah hampir sejam Eunji sebegitu selepas aku ceritakan apa yang telah berlaku. "Oii pompuan, kau kerasukan ke apa?" sergahku dan dia masih dalam situasi yang sama.

"Hae ra yah~" Eunji bersuara perlahan sambil matanya masih memandang ke atas. Em, jangan cakap dia memang kerasukan. Kalau itu berlaku, memang aku simbah muka dia dengan air ni. Tapi, airnya masih banyak kalau nak simbah pun. Ah, apapun minum lah dulu. Aku teguk minuman tu perlahan-lahan.

"Taehyung tu memang pahlawan kita lah,"

"Uhukkhh!!" minuman aku terus tersembur. Laju saja aku mengapai tisu yang disediakan di atas meja. Eunji kemudiannya pandang aku.

"Excuse me, bukan kita ya. Aku tak rela nak berkongsi dia dengan kau." Ujarku dengan serius. Jangan cakap Eunji dah mula suka pada Taehyung selepas apa yang dah belaku.

"Eish, susahlah nak cakap dengan kau ni." Eunji tiba-tiba bengang.

"Pahlawan kita aku maksudkan tu, dia dah selamatkan masa depan kita. Cuba kau bayangkan nih, tiba-tiba kau dengan aku tak payah mengulang subjek tu! For The GOD Sake, aku dah bayangkan diri aku mengulang weh." Eunji menyambung kata-kata setelah sekian lama berdiam. Rupanya dia tengah merenung masa depan. Aku mencebik.

Masa depan kau memang dah cerah balik. Tapi masa depan aku dengan Taehyung ni yang gelap. Aku bukan tak sanggup bercinta jarak jauh. Cuma aku tahu risikonya seperti apa. Paling tidak, kedua-dua pihak mestilah saling menjaga hubungan.

Dan aku, tak yakin bagaimana nak jaga hubungan bila berjauhan untuk tempoh yang agak lama. Ditambah pula dengan status hubungan yang masih rahsia ini, ianya satu beban.

"Eunji, Taehyung sepatutnya tak perlu jadi pahlawan kita." luahku perlahan. Sedar tak sedar, airku sudah habis diteguk. Ini bermakna aku dah fikir habis baik untuk menyuarakan pendapat yang satu ini. Aku mahu Taehyung dibersihkan namanya dari tuduhan tu.

"Maksud kau?"

"Pembentangan tu akan berlangsung esok. Jadi, aku nak kita diberi peluang untuk buat kerja tu lagi sekali." aku memandang Eunji dengan serius. Dia juga memandang aku dengan pandangan tidak mengerti.

"Demi menyelamatkan maruah kita yang sedikit ni, marilah kita bersama-sama jadi jahat dalam ff ni." ajakku. Eunji masih melongo. Bagaikan tak percaya dengan permintaanku. Tapi aku tekad. Apapun risikonya, aku sanggup hadap.

"Kau nak ajak aku jadi apa weh? Kalau pembunuh, aku surrender awal-awal. Muka aku terlalu baik kalau nak buat kerja macam tu." beritahuku Eunji bersungguh-sungguh.

[C] MINEWhere stories live. Discover now