🎀 09

247 26 8
                                    

"Betul ni? tak menyesal?"

Buat kesekian kalinya aku menyoal Taehyung. Dia pandang aku dengan geram. Mungkin bengang asyik disoal benda yang sama. Aku cuit hidungnya.

"Mak aku tu garangnya macam singa tau. Tapi dia baik. Terkadang mulut dia tu boleh tahan, tapi jangan masukkan ke hati sebab dia tak maksudkannya pun." Aku menasihati lagi.

"Your dad?"

Aku terdiam seketika.
"Dah tak ada." tuturku perlahan. Aku tak tahu kenapa, setiap kali mengingati tentangnya, hati mula sebak dengan sendirinya. Aku rindu dia sangat-sangat.

Dan terasa bahuku disentuh perlahan. Aku memandangnya.

"Gwenchanayo?" soalnya.
(kau okey?)

Aku mengganguk, dan terasa ada titisan air mata mengalir. Lekas aku menyapunya dengan belakang tapak tangan.

"Geotjimal."
(Bohong.)

Taehyung memegang pipiku, dan aku terus memandangnya. "Aish, kau langsung tak pandai berbohong." dia menyapu air mataku.

"Jangan berbohong depan aku, sebab kau nampak bodoh." kata-kata itu membuatkan aku sebal. Dia tarik aku ke dalam pelukkannya. "Tapi tak apalah. Sebab kebodohan kau ni comel." tambahnya lagi.

Aku tersenyum sendiri dan eratkan pelukkan.

Dan setelah itu, dia hantar aku ke rumah. Bayangkan, ketika aku tiba di depan pintu, mak sudah siap sedia dengan penyapu.

"Mak, Hae ra boleh jelaskan." aku ingin menenangkan dia tapi dia terlebih dahulu mengangkat penyapu. Tapi Taehyung menghalang.

"Saya yang salah. Mak cik, kalau nak pukul, pukullah saya." Taehyung memohon. Berkerut dahi mak seketika, kemudian dia menutup mulutnya.

"Kau ni budak bangtan tu kan? " soalnya. Aku semacam tak percaya macamana mak boleh cam Kim Taehyung.

"Betullah. kau ni V. Aegyeo, comelnya." mak sudah penyek pipi Taehyung dengan bahagianya.

"Mak janganlah buat boyfriend Hae ra macam ni, labuh pipi dia nanti tak handsome dah." aku menarik tangan mak.

"Boyfriend?!"

"Yelah, semalam Hae ra tak balik sebab pergi cari boyfriend lah." aku peluk tangan Taehyung.

Mak terus tarik telinga aku.
"Gediknya, tak padan dengan umur."

"Aa.. sakit lah mak."

"Tak ada, mak tak restu."

"Ahh wea?!! " aku bengang.

"Sebab mak lagi suka Min Yoongi. Kalau kau dengan dia, baru mak restu." mak senyum sinis. Langsung tak jaga hati Taehyung. Raut wajah dia dah berubah sedih.

"Kalau mak suka dia, mak ajelah yang jadi girlfriend dia! Hae ra tetap nak Taehyung!" aku tarik tangan Taehyung semula.

"Betul ni?Haa, Taehyung, nanti kau bawak gula batu tu datang sini. Kenalkan dengan makcik." mak terkekeh ketawa.

"Mak!" aku bengang. Orang main-main dia ambil serius pula. Aku tahulah dia dah lama menjanda tapi tak akanlah taste dia budak muda.

Weh, tak boleh bayangkan nanti kalau aku kena panggil dia abah Yoongi.

No, No, No!

"Kau pergi naik atas mandi, bau dah macam kambing dah ni. Mak nak bincang sikit dengan boyfriend mak, eh boyfriend kau ni." mak menolak aku pergi.

Mahu tak mahu, aku terpaksa biarkan mereka berdua berbincang. Aku harap hati Taehyung kental.

Aku bersiap cepat-cepat. Bau kambing? mak biar betul, dahlah tadi Taehyung peluk aku. Haish! Aku ambil minyak wangi sembur satu badan dan turun ke bawah. Aku curi-curi dengar perbualan mereka.

[C] MINEWhere stories live. Discover now