🎀 14

269 24 4
                                    

Setelah lima minit, talian itu berdering lagi.

Tch, Kim Taehyung memang betul-betul mencabar aku nampaknya. "Yah! Kim Taehyung -"

"Saya bukan Kim Taehyung." suara itu memotong percakapan aku. Aku terus memandang skrin telefon itu semula. Aish, ini bukan nombor kim Taehyung lah. Tapi suara tadi, semacam pernah aku dengar tapi, siapa ya?

"Err duguseyo?" soalku.

Dia menyepi.

"Hello? ni siapa?" Aku mengulanginya.

Hmm. Tetap sepi. 

"Kalau tak ada mulut, okey bye!"

"Jackson." Dia memberitahu.

Aku terkedu. Kali ini aku pula yang menyepikan diri. Untuk apa dia menghubungiku?

"Ah, Jackson. wae?" aku berpura-pura selamba seperti biasanya.

"Bogoshipeo." ucapnya perlahan. Nada suaranya kedengaran begitu bergetar. Dalam erti kata, ianya kedengaran serius.

"Haha! nado bogoshipeo." Aku bersoloroh dengannya.

"Jinjja? wah, saya dah agak dah." suaranya ceria. Aku pula yang rasa lega di sini. Tak sangka, seorang Jackson Wang menghubungi aku di tengah malam semata-mata untuk mengucapkan kata rindu.

"Hae ra yaa~" dia memanggilku lagi. 

"Ya?"

"Nak ke tak nak, lepak mamak?"

Kenapa macam pernah dengar aje pertanyaan itu. Semacam lagu. Tapi apa ke bangang pula lagu macam tu?

"Kalau tak nak sila meninggal. Kalau tak nak selamat tinggal."

Hareyy. 

"Yah!" aku bengang. Dia gelak berdekah-dekah. Aku dah boleh bayang situasinya sekarang ni.

"Rindu betul nak usik awak." ujarnya yang masih dengan sisa tawanya.

Dan entah kenapa, aku juga rindu dengannya. Telatahnya mencuit hati. Kalau tak kerana bangangnya yang sedikit tu, memang dah lama aku jatuh hati. Tapi sayang, dia ni agak biol sedikit. 😂

"Hae ra, awak masih kat situ ke?"

"Ya."

"Esok awak datang sekolah tak?"

"Mestilah datang, kan tak lama lagi nak final exam." aku mengingatkan tentang ujian akhir tahun itu. Ujian yang akan menentukan samaada pelajar itu layak atau tidak untuk menyambung pelajaran ke pengajian tinggi. Kalau asyik ponteng sebab berdating, macamana nak lulus?

Kim Taehyung tu memanglah boleh tahan bijak. Tapi aku ni,  yang spesis lembab macam siput vavi ni, agaknya tak kemanalah keputusannya kalau asyik bermain. Kalau lah aku boleh hafal subject sekolah macam aku hafal lagu, aku yakin sekarang aku dah boleh jadi Jimmy Neutron. Tapi hakikatnya, aku lemah dalam menghafal.

"Okeylah kalau macam tu. Jumpa esok ya!" Jackson mematikan lamunanku. Aku mengiakan saja. Belum sempat aku bertanya dari mana dia mendapatkan nombor aku, dia sudah sudah matikan talian.

Kenapalah dengan si Jeksen tu agaknya. Kalau aku tak datang kelas aje, mesti kecoh. Kalau Taehyung tahu Jackson call aku tadi, agaknya boleh meledak kuasa cemburunya. 

Dan, telahan aku tepat. Kim Taehyung cemburu apabila aku dan Jackson satu kumpulan untuk membuat tugasan seni visual. Dia membantah, dan ingin satu kumpulan denganku.

"Macam ni lah, Hae ra, Jackson, Eunji dan Taehyung saya beri kelonggaran kalian berada dalam satu kumpulan. Tapi, tugasan tu saya nak biar kemas dan tak boleh ada satu pun kesalahan." Cikgu Jihyo menegaskan. 

[C] MINEWhere stories live. Discover now