🎀 23

162 23 1
                                    

Taehyung tinggalkan aku. Biarpun aku sempat ke lapangan terbang, entah kenapa, dia hanya suruh aku belajar rajin-rajin dan sambung belajar ke tempatnya juga. Gila ke apa? Nak sambung belajar kat sini pun belum tentu universiti nak terima, inikan pula ditempat orang. Aku sedar diri.

Cukup sedar diri menyebabkan aku rasa ingin putus asa dengan hubungan ini.

Aku tak layak dengan dia sejak dari awal. Kenapa aku teruskan? Kenapa aku biarkan hati aku terpaut padanya.

Rasa nak belajar pun semakin hilang walaupun sekarang semakin hampir dengan ujian. Aku patah semangat.

"Aku rasa macam nak cari je siapa yang buat hanat dekat group kau ni" luah Jimin tiba-tiba. Aku tahu dia juga merasakan kehilangan Taehyung untuk ketika ini. Aku diamkan saja. Otak aku dah terlalu stress untuk fikirkan siapa pelakunya sehingga satu tahap, aku malas untuk ambil tahu.

"Aku pun rasa hal yang sama. Aku tahu si Tae tu cuma dijadikan kambing hitam. Cuba kau fahamkan, tak ke pelik macamana tiba-tiba ayah Tae tahu pasal hubungan korang. Siapa pulak yang bagitahu?" tambah Namjoon pula. Yang lain terus mengganguk mengiakan. Bagaimana Namjoon boleh terfikir sampai ke tahap itu?

"So how? macamana kita nak mulakan misi ni?" ajak Jimin. 

"Korang lupakan ajelah. Benda dah lepas." Aku putuskan. Mereka semua pandang aku serentak. Ketika itu juga aku bangkit dan mengambil beg galasku. Aku mahu pulang.

"Hae ra, kajima. " sepasang tangan tegap itu menahan. Ianya Jungkook. "Awak pernah menangis dengan buruk gila disebabkan hal ni. Kenapa tiba-tiba nak putus asa?" dia bertanya. Aku diam. Kalau dulu memang aku ingin pelakunya tertangkap. Tapi , sekarang aku rasa ianya hanya sia-sia. Taehyung juga tidak disampingku lagi. Tiga tahun bukannya sekejap. Ianya makan masa yang lama.

"Aku penat. Siapapun orangnya, aku  malas ambil tahu lagi." Aku tarik tanganku semula dan melangkah pergi dari situ.

Mulanya normal, tapi bila sampai saja dalam bilik. Aku meraung macam orang tak siuman. Bila penat menangis, aku hadap telefon. Aku baca status twitter Chanyeol, aku gelak sendiri.

Hahahaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hahahaha

Dia ingat aku hantu? Kesian betul si Chanyeol. Mesti tidur tak lena. Aku ketawa lagi sampai keluar air mata. Aku dah tak sanggup nak dera Chanyeol, jadi aku putuskan untuk hentikan tangisannku. Aku tak mahu esoknya mataku bengkak akibat semalaman menangis.

Menangis pun tak guna, orangnya dah tinggalkan aku.

Hae ra, dia bukan putuskan hubungan pun. Dia pergi belajarlah ngek!

Suara hati itu mengingatkan aku. Aku mengiakan dan baringkan tubuhku. Disebabkan tak boleh nak tidur, aku layan drama dalam laptop. Harapanku, ia akan boleh melenyapkan rasa sedih ni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C] MINEWhere stories live. Discover now