🎀 16

253 22 8
                                    

Taehyung menarik tanganku keluar. Aku sempat membuatkan emoji tanganku 'okey' kepada Jimin sambil mengenyitkan mata. Sementara lelaki lagi satu langsung tidak memandang. Baru saja sampai ke muka depan, kelihatan Namjoon, Min Yoongi dan Hoseok baru pulang.

"Oh, ada Hae ra? Aik, dah nak balik ke?" tegur Hoseok dan aku mengganguk laju.

"Haih, releks lah dulu. kitaorang ada beli banyak makanan ni." ajak Namjoon.

"Wah! macam tahu-tahu tengah lapar!" Park Jimin terus melulu ke arah Namjoon. Laju saja lelaki itu menyembunyikan plastik makanan ke belakang. Gaya Jimin tak ubah macam budak-budak. Sesuailah dengan saiz badannya tu.

"Jomlah, makan dulu." ajak Min Yoongi pula. Aku pandang dia dan entah kenapa, asyik teringatkan gambar tadi. Aku menahan rasa ingin ketawa. Dia dah pelik semacam.

Tanganku disambar sekali lagi. Siapa lagi kalau bukan Taehyung. Katanya dia harus hantar aku balik. Tak boleh lewat malam. Padahal aku dah teringin nak makan-makan bersama dengan perut yang sedia maklum dah lapar tahap dewa.

Tapi, jangan haraplah. Kekasihku masih lagi in bad mood. Double triple bad moodnya hari ni. Jadi tiada dating, tiada makanan. 

Padan muka. 

"Lapar ke?" soalnya ketika memakaikan helmet itu kepadaku. Aku mengganguk dengan muka soposen. Harap terpengaruhlah.

"Nak cendol?"

"Yah! cendol apa tengah-tengah malam ni. " Bengang semacam nada suaraku. Hilang habis mood nak merajuk. Dia tertawa. 

Okey, dia ketawa. Bermakna ada harapanlah untuk keluar makan sebelum balik rumah. Kan.. 😏

Dan betul, dia bawa aku keluar makan. Hoho.

"Betul ni? tak nak makan?" soalku masih lagi menikmati makanan yang dihidangkan. Dia menggeleng. Susah nak baca air muka dia yang ditutup dengan topeng muka. 

Dia hanya bermain dengan telefonku. Entah apa yang dibuatnya aku tak tahu. Serius sangat mukanya. Tapi, sekejap-sekejap dia tersenyum.

"Kau buat apa tu?" aku memandangnya.

"Nothing." sepatah balasnya. Itu pun langsung tak pandang muka aku. Memang tak lah aku nak percaya. Telefon dia asyik bernyala-nyala di sisi. Mesti dia ada ambil sesuatu dari situ lalu di transferkan ke telefonnya. Cakap orang nampak bodoh bila menipu. Eleh, dia pun sama. 

Selesai makan, dia hantar aku balik. Jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam. Kelihatan kereta Chanyeol sudah terdampar di garaj. Pelik, bila abangnya balik awal. Biasanya kalau jam begini masih lagi merayau dekat luar.

Aku membukakan helmet dan berikan pada Taehyung. Dia pesan supaya aku cari bahan dengan Eunji. Selebihnya dia akan selesaikan. Nampak sangat tak mahu aku keluar dengan Jackson lagi. Tapi, bagus juga macam tu. Tak adalah aku nak buat dua kerja dalam satu masa.

"Hae ra," panggil Taehyung lagi sebaik saja langkahku sudah ke pintu pagar. Dia menayangkan telefonku yang berada di tangannya. Hampir saja terlupa! 

Aku hulurkan tanganku eh, dia suruh ambil ditangannya pula. Tak habis-habis dengan perangainya. Sebaik aku tunduk sedikit untuk mengambilnya, Cup! satu ciuman singgah ke dahiku. Jadi kesimpulannya, dia memang sengaja suruh aku tunduk supaya dia dapat cium dahiku.

"Love you," bisiknya lembut menyapa pendengaranku.

"Love you too," Aku terus berlari pergi sebab aku rasa pipi aku dah merah semacam.

Tapi kenapa rasanya macam ada bunga cherry blossom jatuh berguguran atas kepala? sekarang ni musim bunga tu ke apa?

Aku memegang kedua-dua belah pipiku sebaik saja motorbike Taehyung berlalu pergi. Indahnya bercinta kalau macam ni setiap hari! 

[C] MINEWhere stories live. Discover now