🎀 10

230 27 3
                                    

"Tak guna punya Chanyeol!"

Aku sepak tayar keretanya untuk lepaskan kemarahan. Tapi yang akhirnya aku pula kesakitan.

Malam ni, apapun caranya. Aku mesti padamkan video tu supaya dia tak boleh mengarah aku sesuka hatinya. Seperti sekarang, dia suruh aku keluar malam-malam semata-mata untuk belikan dia koko cruch.

Selesai belikan koko cruch, masih tak selesai. Dia call lagi suruh belikan gula-gula kapas.

Panggilan ketiga, aku angkat dengan rasa bengang tahap dewa.

"Ya nak apa lagi setan~?"

"Aa, maaf cik. Saya bukan setan. Saya cuma tolong buatkan panggilan untuk dia." suara di talian kedengaran gugup. Aku terus pandang skrin telefon.

Aish! ini bukan nombor Chanyeol lah!

Aku berdehem sedikit, cuba kembalikan watak baikku.

"Err.. dia siapa ya?" soalku dengan nada yang lebih lembut.

"Setan yang cik cakap tadilah." jawabnya selamba. Aduh, jantan ni bebal lah pulak.

"Yelah, siapa nama dia?" Malas nak bertekak dengan lelaki ini, aku hanya ingin tahu siapa yang mahu menghubungi aku sekarang ini.

"Tak tahu lah nama dia siapa. Dia dah minum banyak ni, telefon dia tak ada beteri. Bila saya minta nombor telefon kenalan dia, dia bagi nombor cik." jelas lelaki itu.

"Uish, kau biar betul. Entah-entah pemabuk tu salah nombor. Aku tak ada kawan kaki mabuk-"

Dia balik mabuk-mabuk semalam.

Kata-kata Namjoon terus terlintas di kepala otak. Jangan-jangan...

Jungkook?

"Kau cuba ambil gambar dia kejap."

Fak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fak.

Siap tunjuk resit bayaran lagi. Ini kalau aku yang ke sana mesti aku yang kena bayar semua tu. Aish, kenapalah si gila tu bagi nombor aku?

Aku cuba hubungi Namjoon, dan Hoseok. Keduanya tak angkat panggilanku. Nombor yang geng Bts yang lain aku tak tahu pulak. Aish, menyesal tak buat satu group chat. Tak akanlah aku nak call Taehyung pulak. Nanti kalau dia tahu si Jungkook yang call aku, mampus lah.

Aku terpaksa!

Aku bayar bil minuman Jungkook, menggunakan duit Chanyeol.

"Kau ni, nama aje retis tapi sengkek. Apahal kau minum-minum hah? Kau tau tak umur kau tak cukup 18 lagi dah pandai buat onar. Tak malu ke?" Aku membebel pada orang mabuk. Yang jelas-jelas nampak di situ akulah yang bodoh.

Puas aku membebel, aku cuba angkat dia. Mak aii, hakak tak kuat. I'm done.

Aku biarkan dia jatuh.

[C] MINEWhere stories live. Discover now