🎀 28

187 22 8
                                    

Aku buka mataku sedikit. Aduh, kepalaku rasanya makin berdenyut. Aku pejamkan semula. Tapi bila dengar pintu diketuk dari luar membuatkan aku gagahkan juga untuk buka mata. Aku bangun dari tempat tidurku. Dengan terhuyung hayang, aku masuk ke bilik air.

Aku ambil ubat gigi dan letakkan pada berusnya. Aku pandang muka tak terurusku di cermin. Teruk gila. Mengingatkan kejadian malam tadi, rasanya lagi gila. Macamana aku boleh mabuk?

Aku berkumur dan mula gosok gigi. Ketika itu juga ada satu scene terlintas dalam ingatanku. Bibir aku ...semacam pernah...

Aku menggeleng tidak. Aku berkumur dan membasuh muka. Dan ketika aku mengangkat wajahku, aku terus terlompat ke belakang.

Aku semacam berilusi tapi itulah yang berlaku. Segala apa yang aku lakukan semalam seakan diulang tayang pada cermin itu. Aku tersalah masuk bilik karoke, aku minum arak sampai aku mabuk, aku tampar lelaki tu dan paling teruk aku dah cium lelaki tu. Dia piggyback aku, bawa aku ke teksi, dan letakkan aku di depan rumah.

"Lain kali tolonglah jangan mabuk lagi. aduhh, sakitnya belakang ni.. "

"Tae, janganlah balik. Jomlah tidur sekali!" Aku memeluk tubuhnya semula. Laju saja tubuhku ditolak.

"Wah, gila." tungkasnya. Aku terus mendengus geram dan dalam keadaan tak stabil tu aku memang tak boleh menahan marahku.

"Yah! kau cakap aku gila sebab ajak kau tidur ke? Kau tu yang gila! Kenapa kau tak nak tidur dengan aku? Kau takda telur ke hah?" aku marah-marah dan dia terus panik sambil meletakkan jari telunjuk ke bibirnya supaya aku tidak bising.

"Tch, dasar lelaki tak de telur. Nah, ambik nihh"

dan dushh! aku tendang celah kankang dia sampai dia tekepit-kepit ketika itu. Aku puas hati.

"Padan muka. Biar pecah telur tu. Tak guna simpan telur tapi tak leh guna. Werkk!" Aku masuk ke rumah tanpa berpaling ke arah lelaki yang sudah kejang di belakangku.

Sekarang, aku sudah terduduk di lantai bilik air tu mengenangkan apa yang telah aku lakukan. Aku masih tak percaya keadaan mabukku sungguh tak terkawal.

Yah, Park Hae ra apa kau dah buat ni?

Aku ketuk kepalaku di dinding itu berkali-kali. Apapun yang aku lakukan, aku tetap tak ingat siapa lelaki tu.

Aku keluar lewat pagi itu, ketika keluar aku bertembung dengan Chanyeol. "Ah! oppa! "aku terus melulu ke arahnya.

"Kau dah siuman ke?" dia lihat aku yang sudah lengkap dengan seragam sekolah. "Oppa, gumawo." Aku pegang tangannya. Dia tidak membalas kata-kataku tapi wajahnya nampak tenang. Aku memang tidak sedar apa yang telah berlaku semalam tapi aku sedar ketika Chanyeol menemuiku terbaring di depan pintu rumah. Ketika itu, aku rasa kepalaku sungguh berat sekali. Dia marah pada aku. Aku hanya membatukan diri mendengar segala kata-kata yang keluar darinya. Seketika, dia memelukku dan mengucap dia sangat bersyukur aku tidak apa-apa. Apa yang aku dengar ketika itu, dia menangis. Aku yakin dia menangis tapi aku tidak pasti apakah dia benar-benar risaukan keadaanku atau sebaliknya. Sebab cara dia memarahiku, dia asyik menyebutkan perkataan yang aneh.

"Apapun itu, jangan kau cuba nak bunuh diri! dengar tak apa aku cakap ni Hae ra?!" dia memegang bahuku dan aku mengganguk. Dia memelukku. "Lelaki tu yang patut mati, bukan kau." ucapnya perlahan.

Kenapa dia asyik mengatakan hal itu. Aku pasti ianya ada kena mengena dengan Yoona. Entah kenapa, membuatkan aku ingin tahu tentangnya.

"Oppa, boleh tak hantar aku ke sekolah, dah lewat ni kalau nak pergi dengan basikal." pintaku. Sedangkan itu hanya alasan untuk aku berbual dengan Chanyeol di dalam perjalanan. Dia hanya iyakan saja.

"Oppa, kau ada nampak tak lelaki yang hantar aku semalam?"

Chanyeol menggeleng. Katanya aku sudah ditemui terbaring dalam keadaan tak sedarkan diri.

"Oppa, kenapa semalam kau cakap aku nak bunuh diri?"

Kali ini Chanyeol diam. Dia teruskan pada pemanduan.

"Ini mesti ada kena mengena dengan Yoona. yah, aku tak akan-"

Kereta itu berhenti mengejut membuatkan aku hampir tersungkur ke depan. Nasib baik aku mengenakan tali pinggang.

"Jangan tanya aku tentangnya. Apa yang aku pesankan semalam sebab aku fikir kau selalu buat tindakkan bodoh. Tak ada kena mengena dengan orang lain." Dia berkata dengan nada serius. Dia tidak memandangku sama sekali namun, tangannya kemas mencengkam stereng kereta itu. Aku tahu dia sedang bertarung dengan perasaannya sendiri membuatkan aku takut untuk bertanya lagi. Jadi aku diam saja.

Ketika lampu jalan kembali hijau, dia terus menekan pedal minyak. Tiada lagi perbualan diantara kami sehinggalah aku tiba di perkarangan sekolah. Aku keluar dan dia pun pergi.

"Hae ra!" Bahuku di peluk dari belakang. Aku menoleh dan lihat Jackson di sisiku. Aku terus melihat ke bawahnya. 'Kalau ianya Jackson, sepatutnya dia akan berasa sakit di situ'

"Yah! awak pandang apa? kenapa saya rasa ternoda dengan pandangan tu?" Jackson menjauh sambil menutup anunya. Aku menggeleng dalam senyuman. Tepat sekali ianya bukan Jackson.

"Haih, taklah. Saya cuma penasaran je. hahahaha." Aku buat-buat gelak sebab mula rasa segan dan aku cepat-cepat melangkah meninggalkan dia. Dia tidak mengejarku.

"Penasaran? Hae ra, ianya tak kecil tak besar juga. Just nice. Hohoooho! " Laung Jackson dari belakang.

Aku terus menutup telingaku. Haihs, kan dah kena salah anggap. Aduhh, tak guna. Ada ke patut dia beritahu aku saiznya?

Oleh kerana terburu-buru melangkah, aku bertembung dengan Jungkook menyebabkan aku terlanggar tubuhnya.

Entah kenapa mataku jadi automatik memandang ke arah yang sama. Lalu aku larikan pandangan itu. Aku harap dia tak perasan. "Mianhe." ucapku lalu ingin pergi, dan ketika itu jugalah aku nampak Jimin sedang berjalan perlahan-lahan.

Tak kan lah ianya Park Jimin?!

"Awak tengok yang lelaki tu? Yakinlah ianya cute." suara Jackson mencelah di tepi telinga. Macamana dia boleh ada tiba-tiba kat sini?

"Tengok apa?" Jungkook bertanya.

"Yalah, tengok apa?" Eunji juga tiba-tiba berdiri di sebelah Jungkook. Jackson tersengih nakal. Sebelum dia jelaskan hal yang tak sepatutnya, terus aku tarik tangannya untuk pergi. Eunji juga turut mengikuti langkahku.

"Kesian Jimin," ucap Eunji ketika kami melintasinya tadi. Aku terus lepaskan tangan Jackson dan suruh dia masuk kelas terlebih dahulu. Aku heret Eunji ke tandas.

"Kenapa dengan Jimin?" aku terus bertanya dan Eunji buat muka pelik.

"Semalam JHope ada upload video practice dance. Jimin tersalah step. bayangkan, kakinya terjatuh lentik macam penari gymnastics." cerita Eunji dengan serius.

Aku mengeluh lega. Jadi bukan Jimin.

Loceng sudah berbunyi menandakan kelas akan bermula tidak lama lagi. Hari ini belajar seperti biasa.

Apa yang berlaku semalam, aku hanya harap lelaki itu bukan orang yang mengenali diriku.

───※ ·❆· ※───

hehe, lelaki itu masih lagi misteri so, you guys boleh teka lagi untuk kali ni siapakah dia. Siapa tepat dapat dedikasi bab seterusnya. Chaiyokkk!

votement juseyo💕

[C] MINEWhere stories live. Discover now