Hawa membetulkan kaca matanya. Buku nota sainsnya dipegang rapi sebelum matanya ditalakan ke arah sekumpulan budak lelaki yang sedang berlatih bola sepak. Matanya dikecilkan, mencari wajah yang amat disukainya dalam diam. Apabila sudah jumpa cepat cepat dialihkan matanya daripada bertembung dengan mata lelaki itu. Rumput dikakinya dikuis kuis.
"Gigih ya kau Hawa, sanggup duduk kat tepi padang ni semata mata nak tengok muka dia." Izzani mengambil tempat di sebelahnya diikuti dengan Nashwa.
"Konon konon belajar. Padahal nak mengintai si kunyit tu hahahahah!," Nashwa dan Izzani ketawa.
"Eh, aku belajar ye. Takdenya aku nak tengok kunyit tu. Nampak ni buku sains ," Hawa mengangkat buku sains yang dipegangnya. Cuba menutup kebenaran yang sebenarnya dia memang tengah skodeng Naufal !
"Eleh kau Hawa, kita kawan dari sekolah rendah. Tahu sangat yang kau tengok crush kau si nopal tu ," Izzani tersenyum sinis. Nashwa pula tersengih sengih. Nak je Hawa hempuk dengan buku bagi hilang terus sengih tu.
"Kalau kau suka dia, kau bagitau jelah. Mana tau yang dia suka kau balik. Haa haa ! ," Nashwa memberi idea yang tak wajar. Hawa memandang Nashwa.
"Gila kau ! Taknak aku. Mana ada aku suka kat nopal tu. Aku kan serai. Kome lah buah hati aku. Dahlah, jom naik dorm. Karang kalau ustazah tahu yang kita melepak kat tepi padang ni mampus kena kejor dengan penyapu,"
Mereka bertiga pun mengangkat punggung untuk pergi dari situ.
Lagi sekali Hawa memandang Naufal dari jauh. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Nak pandang dekat dekat, malu !
"Bye biy," Hawa bisik sendiri sambil tersenyum gatal.
YOU ARE READING
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...