Suasana di kantin sekolah agak bising. Mana taknya, bercampur dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Hawa menongkat dagu sambil menyedut air milo kotaknya. Matanya mencari cari wajah yang dirindui di tengah tengah lautan manusia tu. Ceh, poyonya.
Seorang pelajar lelaki sedang ketawa bersama kawan kawannya. Mereka bergurau senda tanpa menghiraukan orang lain macam dunia ni mereka yang punya. Apabila mata mereka berdua bersatu, Hawa lekas senyum dan melambai tangannya. Namun dibalas dengan jelingan oleh sang jejaka. Berpura pura tidak mengenali antara satu sama lain. Hawa mencebik. Straw air kotak kembali digigitnya. Geram!
****************************************
Perlahan lahan Hawa melangkah masuk ke dalam kelas 5 Sains 1. Kelas itu kosong. Mesti mereka berada di makmal biologi. Hawa tersenyum nakal.
Dia pergi ke meja Naufal. Sepucuk surat dan tiga biji coklat Choclairs diletakkan di bawah meja lelaki itu. Kemudian dia terus berlari keluar dari situ. Dia berharap sangat yang Naufal akan membaca surat tersebut.
"Kau kemana setan. Berapa lama aku kena tunggu kau? Kita dah lambat nak pergi bilik seni ni," tegur Nashwa.
Hawa berlagak selamba dan berpura pura tidak mendengar soalan yang dilontarkan Nashwa kepadanya tadi.
"Dah jom. Kata lambat," ujarnya selamba.
**************************************
Naufal merenung surat yang diletakkan dibawah mejanya. Kemudian diambil dan dibuka surat tersebut,
You are the person i'll never stop looking for in a crowded place.
Love, Miss Wonderwoman
Terkebil kebil Naufal dibuatnya. Ini bukan kali pertama dia mendapat surat cinta, tapi ini surat cinta yang pertama berjaya membuat hatinya terusik sedikit. Lekas surat itu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket seluar sekolahnya. Satu daripada tiga coklat yang diletakkan di bawah mejanya di buka plastik dan dimasukkan ke dalam mulut.
'Apalah yang budak kecik ni cuba buat,' desis hatinya.
****************************************
Hawa mengetuk buku latihan sejarahnya dengan pen. Kemudian dia teringat akan surat yang telah dia letakkan di bawah meja Naufal.
"Agak agak dia baca tak?," bisiknya pada diri sendiri.
"Kenapa Hawa? Cakap sorang sorang. Stress sangat ke nak cari jawapan untuk soalan sejarah tu?," soal Fatimah. Dari tadi dia melihat Hawa, kejap tersengih. Kejap termenung.
Hawa hanya ketawa kecil sebelum menyambung kerja sekolahnya. Dalam hatinya berharap sangat agar waktu prep ni berjalan dengan pantas. Dia ingin ke koperasi asrama dan membeli coklat untuk diberikan kepada Naufal esok.
Misi mengorat, on!

ANDA SEDANG MEMBACA
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...