"Mama pergilah balik, abang dah okay dah ni," Naufal menyuruh Puan Khaleeda. Dia berasa kasihan melihat mamanya yang baru pulang dari kerja, terpaksa menjaganya.
"Tak apalah Naufal. Mama okay je," Puan Khaleeda tidak ingin meninggalkan anak sulungnya berseorangan di hospital. Hati tuanya berasa risau melihat keadaan anaknya itu.
"Esok mama datanglah balik. Lagipun esok kan abang discharge. Mama pergi balik, mandi, solat. Abang dah besar lah ma. Bukannya budak kecik lagi," Naufal berkeras ingin mamanya pulang. Dia inginkan waktu bersendirian.
"Hm yelah. Abang jaga diri. Esok mama datang balik tau," Nak tak nak Puan Khaleeda terpaksa mendengar kata anaknya itu. Bukannya dia tidak kenal perangai Naufal Syakiran. Kalau putih, maka putih lah. Sebiji ikut perangai bapanya.
Puan Khaleeda mencapai beg tangan LVnya yang berada di tepi katil. Kunci kereta yang berlambang Audi dicapai sebelum tangannya dihulurkan kepada Naufal untuk disalam. Setelah itu, dia terus keluar dari wad.
************************************
Naufal mengekori mamanya melalui hujung mata. Perlahan lahan kepalanya diletakkan di atas bantal.
Tiba tiba dia teringat akan wajah polos gadis yang membantunya tadi. Siapa sangka orang yang kecil molek begitu handal dalam seni mempertahankan diri.
"Nur Hawa. Siapa kau eh?," bisiknya pada diri sendiri sebelum dirinya terlelap.
*************************************
"Ahhh bestnya katil," Hawa menghempaskan dirinya ke atas katil. Tadi dia dimarahi oleh kakaknya kerana tidak membeli barang yang sepatutnya dia beli.
"Aku suruh kau beli gula dengan tepung, entah kemana mana kau pergi sampai petang baru balik. Asyik nak merayap je," Hawa terus naik ke bilik. Akaknya tidak tahu yang adik dia ni baru je lepas jadi heroin tau. Menyelamatkan jejaka idaman. Oh my god, macam dalam mimpi.
Hawa menutup wajahnya apabila teringat akan peristiwa tadi. Dia tak sangka lelaki yang diselamatkannya adalah lelaki pujaan hatinya.
'Adakah ini jodoh?' Hawa menyoal dirinya. Kemudian dia menukar posisi dari terlentang ke meniarap. Kemudian ditongkat dagunya dengan tangan sambil tersengih sengih.
"Walaupun dia berlagak, acah macho tapi still hensem. Hehe," Hawa ketawa sendiri. Kemudian dia teringat akan sesuatu. Dia bangun dari katil dan berdiri dihadapan meja solek. Telefon pintar Iphone 6s berwarna hitam itu ditenungnya.
Tiba tiba dia teringat kejadian tadi.
******************************************
Kaki dan tangan Syafiq sudah dikuncinya. Kemudian tangan kirinya mengunci pergerakkan di leher Syafiq supaya lelaki itu tidak dapat bergerak. Kawan kawan Syafiq sudah pun melarikan diri setelah dibelasah oleh Hawa. Huh pengecut!
"A.. aku janji.. aku janji.. lepasni aku tak kacau Naufal dah. Le.. lepasss lah. Nak patah tengkuk aku..!" Hawa makin menguatkan kunciannya. Kalau boleh nak je dia patahkan tengkuk si Syafiq ni, tapi dia taknak masuk penjara. Kalau dia masuk penjara macam mana dia nak kahwin dengan Naufal.
"Aku taknak tengok kau dekat dengan dia pun. Kalau aku nampak kau dekat dengan dia, aku akan pastikan kau takde tengkuk lepasni, faham?!,"
Hawa mengugut. Syafiq mengangguk laju. 'Bapak ganas perempuan ni'
Kemudian Hawa melepaskan Syafiq. Cepat cepat Syafiq berlari keluar dari rumah kosong itu.
Hawa menghampiri Naufal. Tangannya meraba poket seluarnya untuk mencari telefon bimbitnya itu. Dia ingin menelefon ambulans kerana kepala Naufal berdarah. Tapi tak bawaklah pulak henfon.
Kemudian dia memeriksa pula poket seluar Naufal. Teragak agak dia ingin menyentuh lelaki itu. Tapi sebenarnya dia suka.
'Okay jumpa. Ala tak tahu password. Dahlah kena fingerprint.'
Matanya menghala kearah tangan Naufal. Perlahan dia menyentuh tangan lelaki itu untuk mengimbas jari lelaki itu. Jari di tangan kanan, tak mau. Cuba tangan kiri pula, mau.
Terus dia menelefon ambulans. Kemudian dia menelefon pula mama Naufal.
Tadi di hospital, niatnya ingin memulangkan semula telefon pintar Naufal, namun dia terlupa kerana dia ingin cepat pulang setelah melihat jam sudah pukul 4.55 petang.
Harini dua benda yang buat dia berasa seronok tak terkata. Satu selamatkan Naufal. Dua, pegang tangan Naufal.
Agaknya lepasni apa pula yang akan terjadi. Hawa sudah mula senyum gatal. Kemudian dia mencium tangannya seolah olah sedang mencium tangan Naufal.
Hai, indahnya dunia !
![](https://img.wattpad.com/cover/145563146-288-k209998.jpg)
YOU ARE READING
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...