Hawa berjalan kaki untuk ke kedai. 'Dahlah panas, pastu aku kena jalan kaki pulak pegi kedai. Nasiblah kedai uncle Ghuna tu dekat je dengan rumah. Haih kan best kalau pandai bawak moto.' Dia teringat akan motor abangnya di rumah. Aduh sedihnya hati ni.
"Kau nak apa hah?! Aku tak kacau pun lah awek kau tu! Aku tak hingin pun lah sial !" Hawa berpaling. Mencari cari suara itu.
"Arghhh !!" Bunyinya datang dari rumah kosong tu. Tapi takut nak pergi sebab rumah kosong tu berada di dalam semak samun. Kalau ada ular macam mana ? Hawa berkira kira.
"Fuckkkk.!! Bodohh !! " Hawa terus berlari ke arah rumah kosong itu. Dia perlu tahu apa yang terjadi. Perlahan lahan dia mengintai melalui tingkap rumah itu.
Kelihatan tiga orang lelaki sedang memukul seseorang. Eh apeni! Tak gentlenya 3 lawan satu. Kesiannya laki tu. Bisiknya didalam hati.
"Ehem," bunyi orang berdehem. Perlahan Hawa berpaling. Damn! Dia tersengih melihat lelaki dihadapannya ini. Kantoi! Dia ingin berlalu pergi tiba tiba bahu dia disentuh.
"Nak pergi mana? Hah? ," lelaki dihadapannya ini memberikan senyum sinis. Hawa sudah merasakan yang bukan bukan. Dia takut dan dia ingin cepat pergi. Namun sekali lagi bahunya disentuh tapi kali ni dengan kasar.
"Eh apeni!," dia menolak tangan lelaki tu. Nak sentuh sentuh orang pulak, takde bahu ke sampai nak sentuh bahu orang ?!
"Oh melawan? Melawan? Haha," dia tertawa sinis. Dia merentap tangan Hawa namun Hawa lebih cepat memulakan langkah. Dia memijak kaki lelaki itu sekuat hatinya kemudian menendang alat sulit lelaki itu sehingga lelaki itu terjatuh dan mengerang kesakitan. Kemudian dia mengambil kayu yang berada berhampiran sebelum dihempuknya lelaki itu sehingga pengsan.
Bunyi yang bising diluar telah mengalihkan perhatian Syafiq dan kawan kawannya yang sedang memukul Naufal.
"Woi! Apa barang tiga lawan satu!" Hawa bersuara lantang. Kayu di tangan digenggam kemas. Lawan dengan orang yang sama saiz lah ! Sambungnya dalam hati. Syafiq dan kawan kawannya memandang sesama sendiri sebelum tersenyum sinis. Mereka melepaskan Naufal dan bersedia untuk memukul Hawa.
'Aku dah gila'' dan Hawa membuka langkah untuk menerima serangan daripada lelaki lelaki itu.
Naufal cuba membuka matanya luas luas. Dia ingin melihat siapa yang telah membantunya itu. Kepalanya sangat sakit kerana dipukul dengan kayu.'Perempuan? Perempuan yang selamatkan aku? Dan suara dia kecik?' kemudian dunianya terus gelap.
YOU ARE READING
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...