15♥️

16 0 0
                                        

Dari jauh Hawa asyik melihat Naufal yang berada di tengah tengah padang, berlatih bermain bola bersama sama dengan rakan rakannya yang lain. Hari ini hari terakhir mereka berlatih memandangkan esok mereka ada perlawanan bersama sekolah sekolah lain di Sekolah Menengah Jalan Damai.
Semua kelihatan bersungguh sungguh seolah olah sedang berada didalam perlawanan yang sebenar benarnya.
Sementara di asrama,
"Mana Hawa weh?" Soal Izzani. Yang lain hanya mengangkat bahu menandakan bahawa mereka tidak tahu dimana Hawa berada. Izzani menggaru kepalanya. 'Mana pulak kawan aku sorang tu pergi. Tadi kata nak pergi tandas je. Takkan dia ponteng prep petang kot. Habislah kalau ustazah tahu. Ish dia ni!'

Hawa memandang jam tangannya sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Waktu prep sudah habis. Dia sendiri tidak sangka yang dia sanggup ponteng prep semata mata nak tengok muka acah cool Naufal tu. Hawa ingin segera pulang ke asrama sebelum dia kantoi ponteng prep.
"Oi minah!," satu suara memanggilnya. Hawa berpaling, sape pulak panggil aku minah ni. Tak glemernya. Melihat wajah orang yang memanggilnya itu membuatkan matanya membulat, jantungnya berdebar, tangan dan kakinya menjadi sejuk beku.

Naufal menghampiri Hawa. Dari tadi dia perasan yang Hawa berseorangan di tepi padang sambil sesekali menjeling ke arah mereka.
'Tengok aku lah tu,' Naufal mula perasan. Dia sendiri tidak tahu kenapa ringan benar mulutnya untuk menegur Hawa. Hatinya bagai memaksanya untuk berbicara dengan gadis berwajah polos itu. Dan kini hanya satu langkah saja yang menjadi jarak di antara mereka berdua.
Hawa menunduk. Malunya dia nak tengok Naufal. Rasa macam nak sorok muka dalam tanah. Dahlah dia ada bagi surat cinta pada Naufal. Bukan sekali, tapi 2 kali. Dan mungkin akan jadi berkali kali. Tapi buat masa ni, hanya baru 2 kali. Eh, berapa banyak kali daa!
"Bagi surat cinta tak malu. Ni jumpa depan depan malu lah pulak. Kau ni spesis malu malu kucing ke, malu malu anjing?," tegur Naufal.
'Malu tapi mahu!' jawab Hawa dalam hati. Dia mengangkat wajah. Memberanikan diri untuk bertentangan mata dengan Naufal.
"Awak nak apa panggil saya? Saya nak cepat ni."
"Kau buat apa petang petang dekat padang? Bukan kau duduk asrama ke? Kau ponteng prep kan? Kau nak aku report kat ustazah ke yang kau ponteng prep?," Naufal rasa macam nak tergelak je tengok wajah cuak Hawa itu.
"Ma..mana ada saya ponteng prep. Saya tolong cikgu hias bilik seni lah," bohong Hawa. Mampuslah Hawa kalau Naufal bagitahu ustazah. Mentang mentanglah dia rapat dengan anak lelaki ustazah, si Aalif tu.
"Cikgu mana yang kau tolong tu? Biar aku tanya dia betul ke tak kau tolong dia," Naufal tahu Hawa menipu. Eleh jujur jelah yang kau tengah skodeng aku budak kecik. Ujarnya dalam hati.
"Tak payah. Cikgu tu pun dah balik dah. Saya pun nak balik jugak, babai!" Hawa ingin segera pergi dari situ sebelum Naufal menyoal dengan lebih banyak lagi.
"Kejap," Naufal menahan Hawa dari pergi. Tangan Hawa ditariknya. Nasib berlapik.
Hawa yang baru bergerak selangkah  terhenti. Matanya memandang tangannya yang dipegang oleh Naufal. Okay, nak pengsan!
"Lepas tangan saya," Hawa cuba untuk menarik pergelangan tangannya yang dipegang kemas oleh Naufal.
"Kenapa kau bagi surat dekat aku?," soal Naufal.
"Lepaskanlah tangan saya."
"Kenapa kau bagi surat cinta dekat aku?," soal Naufal lagi.
"Lepaskan tangan saya dulu baru saya jawab."
"Kenapa kau bagi surat cinta dekat aku?," soal Naufal tidak mahu mengalah.
"Sebab saya suka awak! Saya nak cuba mengorat awak! Saya nak awak jadi milik saya!,". Dengan satu nafas. Lancar dan jelas Hawa meluahkan perasaannya.
Naufal terkedu. Pegangannya dilepaskan. Untuk beberapa saat, keadaan diantara mereka berdua senyap. Sunyi sepi. Tiada perbalahan. Tiada pertengkaran.
"Well, cubalah kalau boleh," ujar Naufal selepas beberapa saat berlalu. Hawa tersentap.
"Try me," jawab Hawa sebelum berlalu. Dia nekad, dia nekad untuk mengorat Naufal. Misinya untuk mengorat Naufal on kuasa dua!

Te Amo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang