5♥️

32 2 0
                                        

Seronoknya dapat balik rumah ! Cuti sekolah selama seminggu ini akan dia manfaatkan sebaik mungkin. Dia sudah merancang untuk menonton drama korea sampai pagi dan bangun waktu tengahari. Memandangkan kerja rumah yang diberikan oleh guru tidak berapa banyak jadi dia boleh bersenang lenang semasa cuti sekolah ini. Biasalah, tingkatan 4 tiada apa yang perlu diambil kira. Peperiksaan besar pun takde. Kata orang waktu tingkatan 4 nilah waktu 'honeymoon'.
Tinggg. Iphone 5 nya berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Dia membuka lock telefonnya itu dan menekan ikon Whatsapp.

Geng Serai Bersatu.
Hana - weh korang, nak lepak tak ?
Nashwa - kemana je. Aku rase mcm nak mandi sungai.
Hana - kau ni chua tak habis2 dengan sungai kau.
Izzani - chua, pandai ke berenang. Takut kaki tak sampai je huhuhu
Auji - hahahaha

Hawa ketawa sorang sorang. Sengal lah kawan kawan dia ni.

Me - aku nak duk rumah tgok citer korea. Jangan kacau bye.

Ditutupnya telefon pintarnya itu sebelum keluar dari bilik.
**************************************
Naufal duduk di tepi padang. Botol air dicapai sebelum dia meminumnya rakus. Matanya ligat melihat ahli pasukannya gigih membuat latihan.
Hadi datang dan duduk disebelahnya. "Aku dengar citer kau dah putus dengan Dhia. Asal weh?,"
Naufal menjeling Hadi. Macam makcik bawang lah Hadi ni. Dia benci mendengar nama perempuan itu. Rasa nak ditumbuknya Hadi yang sedang tersengih macam kerang busuk tu.
"Malaslah aku nak sembang pasal perempuan tu. Perempuan memang tak boleh nak diharap." Kemudian dia bangun untuk meneruskan latihan. Perlawanan bola sepak mereka akan diadakan pada minggu depan jadi mereka perlu berlatih dengan bersungguh sungguh untuk kekal fokus dan meningkatkan tahap stamina mereka.
"Kau jangan nak duduk kat situ. Pergi training. " arahnya.
"Yelah kapten,"

Te Amo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang