Hawa duduk di kerusi batu sementara menunggu perhimpunan sambil memandang pelajar pelajar lain. Ada yang sedang menyembang, membaca buku, berkejar kejaran. Eh, berkejar kejaran? Ingat ni padang ke nak main kejar kejar.
"Mana lah si Izzani dengan si Nashwa ni. Pengawas tak berwibawa betul. Perangai macam mawas. Elok berkawan dengan monyet je," Hawa mendengus. Harini dia turun awal sikit, malas mahu menunggu mereka berdua.
"Eh ada orang ambik port lepak kita lah," Hawa berpaling. Dia terkejut apabila sekumpulan pelajar lelaki berada disitu. Hawa tersengih, kelihatan lesung pipit di pipi kanannya. Dia terus mengangkat kakinya untuk pergi dari situ. 'Blahhhhh'
Laju dia berjalan sebab malu punya pasal. Wajahnya ditundukkan. Maklumlah, dia kan jenis pemalu eh eh.
Bukk ! Adeh sape pulak yang aku langgar ni. Didongakkan kepalanya dan.....
"Dah kenapa jalan tunduk tunduk. Tak betul ke ? " wajah Naufal berkerut. Digelengkan kepalanya sebelum berlalu dari situ.
Dan Hawa, terus tercegat macam patung cendana dekat situ. Naufal, aku langgar Naufal weh. Terasa kecut semua organ dalamannya. Kemudiannya bibirnya terukir senyuman. Senyuman yang gatal bercampur riang. Aku langgar Naufal, hahaha seronoknya.
Dari jauh kelihatan cikgu Fazidah, guru matematiknya sedang bersusah untuk mengangkat beg begnya.
"Cikgu ! Biar saya tolong !," kemudian dia berlari terkedek kedek untuk membantu gurunya itu. Dia berasa sungguh gembira
pagi ini kerana telah melanggar Naufal secara tidak sengaja.
*********************************Hawa tersengih sengih sambil menggigit straw air kotaknya. Masih segar lagi insiden pagi tadi di dalam kotak memorinya. Kemudian dia menutup wajahnya dengan tangan sambil tertawa kecil.
"Apa masalah kau ni Hawa. Kena gigit ulat bulu ke ? Ei berbulu je aku tengok kau ni. Aku nak makan pun tak senang," Nashwa menyatakan ketidakpuasan hatinya. Dia rimas tengok Hawa yang dari pagi tadi duk tersengih sorang sorang. Dah macam orang terencat akal.
"Suka hati aku lah, " Hawa mencebik, sebelum kembali tersengih.
"Ni mesti ada apa apa. Baik kau citer cepat. Cepat !"
"Nantilah. Kat asrama aku citer. Nak citer kat sini malu lah. Hehehe"
Nashwa menggelengkan kepalanya. "Suka hati kau lah Hawa."
'Baik aku makan cepat cepat sebelum waktu rehat habis.' Gumam Nashwa.
YOU ARE READING
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...