Weh. Nak lepak tak ? - Hadi
Mls lah. Nak tido - NaufalNaufal mencampak telefon pintarnya ke atas katil.
"Bongok, orang nak spm belajar. Ni nak lepak," dia mengomel seorang diri. Harini mood dia memang betul betul tak baik. Tak sangka gadis yang amat dia percaya dan sayang telah menduakan dirinya.
"Dahlah tak hensem, mat rempit pulak tu. Apa lah yang si Dhia tu nampak kat si Syafiq tu." dia merungut lagi.
Masih teringat lagi kata kata Dhia tadi,
"Dhia mintak maaf. Tapi Dhia rasa kita tak boleh nak teruskan hubungan ni lah. Dhia perlukan lelaki yang ada time Dhia down. Time suka duka Dhia." Dia berkata lagi,
"I need a guy who always be there for me. Selalu ada masa untuk Dhia and I've found that guy. Its Syafiq. Im so sorry," Dhia menundukkan wajahnya. Tidak sanggup untuk bertentang mata dengan Naufal yang seolah olah mayat hidup tengah kebuluran. Matanya tajam memandang Dhia.
Dhia mengambil sesuatu dari dalam beg tangannya dan diletakkan benda itu di atas meja. Teddy bear kecil berwarna biru, hadiah pertama yang diberikan kepada Dhia sewaktu awal percintaan mereka.
"Im sorry, bye Naufal. Thank you for everything." Dan dia terus pergi dari situ meninggalkan Naufal.
Setiap kali Naufal teringat akan insiden tadi, hatinya sakit.
"Bodoh punya perempuan. Dia ingat aku bodyguard dia ke nak kena ada dengan dia 24 jam. Berkepit tak sudah"
Naufal mendengus. "Ada time suka duka konon, huh ! Habistu yang selalu bagi dia duit time dia tengah koyak tu apa benda. Bodoh !" Naufal menyumpah lagi. Dipandangnya teddy bear kecil yang dia letakkan dia atas meja belajarnya .Teddy bear yang sedang tersenyum tu seolah olah mentertawakan dirinya. Terus dibuangnya teddy bear itu kedalam tong sampah. Namun cepat cepat diambilnya kembali dan dimasukkan teddy bear itu ke dalam laci.
"Arghh rimas ! Semua perempuan sama je !"

ANDA SEDANG MEMBACA
Te Amo
RomanceNur Hawa. Seorang gadis yang amat meminati seniornya iaitu Naufal Syakiran, kapten pasukan bola sepak di sekolahnya. Naufal Syakiran. Setelah diduakan oleh kekasihnya, dia sudah mula tidak mempercayai perempuan. Setelah kewujudannya diketahui oleh...