14♥️

14 2 0
                                    

  Lagi sekali Naufal mendapat surat cinta dan tiga biji coklat dibawah mejanya. Kepalanya digelengkan. Dia membuka surat tersebut lalu membaca isi kandungannya,

   Meeting you was like listening to a song for the first time and knowing it would be my favourite.

Love, Miss Wonderwoman.

  Naufal tersenyum kecil. Kelakarlah minah ni. Tiba tiba surat yang berada di tangannya di rampas. Dia memandang wajah orang yang merampas surat cintanya itu. Kelihatan Dhia dan teman baiknya, Farah sedang membaca surat tersebut lalu mereka berdua ketawa berdekah dekah. Macam lawak sangat.
   Dia tersenyum sinis memandang Naufal. "Miss Wonderwoman huh?," katanya.
   "Hey guys! Look at this. Naufal got a love letter!," kemudian surat tersebut ditunjukkan kepada seluruh ahli kelas. Naufal berasa bengang dengan tindakkan Dhia itu.
   Rakan rakan sekelasnya ketawa setelah membaca surat itu. Naufal merebut kembali surat tu dari tangan Dhia.
"Stop it! Jangan jadi macam budak budak lah Dhia," matanya tajam menyorot ke wajah Dhia.
Dhia berasa puas dapat mengenakan bekas kekasihnya itu. Dia berlalu ke mejanya. Sempat bahunya melanggar bahu Naufal. Entah kenapa dia berasa marah dengan Naufal setelah lelaki itu menghalaunya dari hospital tempoh hari. Makin sakit hatinya apabila melihat lelaki itu tersenyum apabila membaca surat cinta yang diterimanya. Sebelum ini Naufal tidak pernah membaca mana mana surat cinta yang diberikan kepadanya, apatah lagi tersenyum ketika membacanya. Biasanya semua surat cinta tersebut dibuang tanpa membacanya terlebih dahulu. Dhia berasa agak tercabar dengan pemberi surat tersebut. 'Kalau aku jumpa siapa yang bagi surat tu, memang siap lah dia!' bentak Dhia dalam hati.
"Jangan bawak perangai buruk kau tu, sampai sekolah" perli Naufal. Dia jelik dengan perangai Dhia yang akhir akhir ni amat menyakitkan hatinya.
"What did you say?," Dhia mula berang. Baru saja dia ingin menghampiri Naufal guru matapelajaran Addmaths sudah masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran. Tidak sempat untuk Dhia berperang mulut dengan Naufal. Hatinya semakin sakit!
*****************************************
Hawa memegang ganggang telefon awam di koridor tingkat bawah asrama puteri. Dia berasa seronok dapat berbicara dengan akaknya pada petang Selasa itu.       
Apatah lagi bila anak buahnya, Habibi yang baru berusia 3 tahun itu juga sibuk ingin bercakap dengannya. Pelat Habibi amat menghiburkan hati Hawa.
"Adik, keluarlah asrama. Teman akak dekat rumah," pinta Rabiatul. Akhir akhir ini dia tidak larat untuk melakukan kerja rumah apatah lagi dia bekerja. Habibi yang buas itu juga sering membuatnya hilang sabar. Kalau adiknya di rumah, bebannya berkurangan. Kalaulah suaminya masih ada. Pilu hati Rabiatul apabila mengenangkan arwah suaminya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya 2 bulan lepas. Duit pampasan dari pihak insurans lah yang dia gunakan untuk menyewa rumah lain iaitu rumah yang diduduki mereka sekarang. Tidak sanggup untuk tinggal di rumah yang menyimpan banyak memori bersama sang suami yakni disewakan kepada orang lain. Hidup mereka jugak tidak berapa susah kerana dia merupakan guru matapelajaran Inggeris di sekolah rendah.
"Tapi adik dekat asrama ni dari form 1. Nanti apa kata ustazah kalau adik tiba tiba nak keluar asrama," balas Hawa. Sejak dari tingkatan 1 lagi Hawa sudah tinggal di asrama. Sekolahnya merupakan sekolah harian tapi mempunyai asrama untuk memudahkan murid murid yang tinggal jauh dari rumah untuk ke sekolah, serta untuk menempatkan murid murid yang ingin menumpukan perhatian dalam pelajaran. Selain itu, di asrama ramai kawan. Kuranglah sikit tahap kebosanannya.
Semenjak kematian emaknya sewaktu dia berusia 10 tahun akibat kanser payudara, Hawa lebih banyak mendiamkan diri. Dia lebih senang untuk senyum berbanding bercakap.
Namun sejak akhir akhir ini, dia kembali menjadi seorang yang periang dan sering membuat orang lain ketawa. Itu semua setelah hatinya mula tertambat dengan Naufal.
"Fikir apa yang ustazah kata je. Habis akak ni?," Rabiatul menyoal kembali. Hawa sudah mula merasa serba salah. Sudahlah Rabiatul yang menjaganya sepanjang arwah emak meninggal. Takkan dia nak lawan cakap akaknya yang telah menjaganya bagai menatang minyak yang penuh?

    "Nantilah adik cakap dengan ustazah," Hawa beralah.

Te Amo Where stories live. Discover now