16♥️

33 0 0
                                        

Hawa termenung di dalam kelas. Cikgu Jannah yang sedang mengajar subjek Ekonomi Asas di depan ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Masuk ikut mulut keluar ikut lubang ponggong.
Hawa mengeluh. Sejak dia meluahkan isi hatinya secara jujur dan terang benderang, memang langsung tak cover semalam terhadap Naufal, hatinya gelisah. Dia berasa bodoh kerana telah meluahkan isi hatinya secara tidak sengaja. Eh yeke tak sengaja? Entahlah dia sendiri buntu.
"Hawa tu termenung kenapa? Kalau mengantuk pergi basuh muka. Pergi," arah cikgu Jannah yang perasan Hawa asyik termenung dari tadi. Malas malas Hawa keluar dari kelas. Nashwa hanya melihat saja kawan baiknya itu. Dari pagi tadi dia tak berani nak tegur Hawa sebab muka kawannya itu dah mengalahkan muka orang mati laki. Hawa kalau mengamuk satu sekolah pun boleh terbalik.

Hawa menuju ke arah singki di kantin. Oleh kerana kelasnya berhampiran kantin, jadi tidak perlu dia berjalan ke tandas dimana dia harus melintasi kelas 5 Sains 1. Kalau ada Naufal rajin jugak dia ke
tandas. Kadang kadang dia sanggup ke tandas lebih dari sepuluh kali semata mata ingin melihat Naufal. Tapi harini Naufal tiada. Dia dan pasukannya bermain bola sepak di Sekolah Jalan Damai.

"Hai,"
Sedang asyik Hawa mengelamun tiba tiba ada satu suara menegurnya. Cepat cepat Hawa menoleh ke kiri kanan depan belakang. Oh, gerangan yang memanggilnya berdiri di sebelah kirinya. Siapa dia ni? Mungkin nak basuh tangan jugak kot. Tapi singki kan ada dua, pakailah singki sebelah. Sibuk je nak guna singki ni jugak!
"Oh sorry," Hawa ingin berlalu. Dia malas nak berebut singki dengan siapa siapa pada waktu moodnya begini.
"Nama saya Aiman," tiba tiba pelajar itu mengenalkan diri. Hawa hanya mengangguk. Tak tanya pun!
"Saya student baru. Kelas 5 Sains 1," katanya lagi. Hawa mengangguk lagi. Dia melihat Aiman atas bawah. Okay, kemas. Muka, hensem. Eh ke situ pulak!
"Oh, okay," Hawa tersenyum kecil sebelum meninggalkan Aiman sendirian di kantin.

****************************************
Dari jauh Aiman melihat gadis itu sedang termenung di singki. Air pun tidak dibuka. Aiman yang kebetulan sedang ponteng kelas Kimia pada hari pertamanya bersekolah di situ melangkah menghampiri gadis berspek bulat yang telah mencuri pandangannya itu.
Ponteng kelas pada hari pertama bersekolah? Itu sudah menjadi perkara biasa bagi Aiman. Dia dipindahkan ke sekolah sini pun kerana dia terlibat dalam kes pergaduhan di sekolah lamanya. Ini merupakan sekolah ke-5 dia berpindah disebabkan masalah disiplin. Namun ayahnya orang besar yang mempunyai pangkat Dato. Jadi mudah baginya untuk menukar sekolah walaupun rekod disiplinnya amat buruk. Namun dalam nakalnya, dia tidak pernah gagal dalam akedemik. Kiranya dia ni dikategorikan dalam 'bad with brain.'
"Hai," ditegurnya gadis itu. Dilihat tag namanya, Nur Hawa.
Hawa kelihatan terpinga pinga. "Oh, sorry," ujarnya sebelum dia ingin pergi dari situ. Aiman masih tidak berputus asa untuk mengenalkan diri.
"Nama saya Aiman. Student baru, kelas 5 Sains 1," katanya lagi. Hawa mengangguk.
"Oh okay," kata Hawa sebelum tersenyum. Kelihatan lesung pipit dia pipi kanannya. Kemudian dia berlalu pergi dari kantin meninggalkan Aiman sendirian.
Aiman hanya melihat Hawa berlalu dari kantin.
Di sekolah lamanya dia digelar 'ais' kerana sikapnya yang dingin terhadap perempuan. Dia sendiri tak percaya yang dia menegur Hawa dan beria ria untuk memperkenalkan dirinya.
Kemudian dia pergi dari kantin. Ingin 'melawat kawasan' di tempat lain pula.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Apr 21, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Te Amo Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang