" I'm starting to feel that its you, darling."
🌸🌸🌸B o j i ' s W o r l d
Jihyo masuk ke dalam pejabat dengan mata sembap. Hyeri yang sampai lebih awal memandang risau. Kerusinya diluncurkan ke meja jihyo. Tangannya dilekap ke dahi jihyo.
"Eh panas ni! Kau demam ke hyo?"
Jihyo menggeleng2 kepala. Kepalanya diletakkan di atas meja. Mata dipejam seketika. Bogum yang baru masuk ke pejabat melihat keadaan jihyo yang tak bermaya. Muka tunangnya itu nampak sangat pucat.
"Sayang...what happen?" Bergegas dia menghampiri jihyo. Muka jihyo ditekup. Jihyo tersenyum lemah.
"I'm okay. Don't worry..."
"No you're not. Jom oppa bawak pergi klinik." ujar bogum kalut sambil memaut tangan jihyo ke pinggangnya. Jihyo yang sedari tadi lemah hanya mampu menurut. Kakinya terasa lembik tiba2. Keadaan sekelilingnya berpinar sebelum dia jatuh tak sedarkan diri.
"Sayang!" sayup2 kedengaran suara tunangnya yang cemas.
🌟🌟🌟
P O H A N G O R P H A N A G E
"Ahjumma kenal tak siapa dia ni?" tanya joon menunjukkan satu2 nya gambar jihyo sewaktu kecil. Pn.ong membelek gambar itu sebelum mengangguk.
"Dia ni seong im, pernah duduk sini dulu."
"Dulu?" pn.ong memandang ke arah joon. Jelas terukir pertanyaan di wajah anak muda itu.
"Dia keluar dari sini lepas umur 20 tahun, nak berdikari katanya. Last ahjumma berhubung dengan dia pun 2 tahun lepas, sekarang tak lagi."
"Ahjumma tau kat mana dia sekarang?"
"Kalau ikut 2 tahun lepas, dia tinggal di Seoul. Cuba kamu pergu cari dia kat sana. Mungkin nasib kamu baik."
Joon mengangguk lemah. Terlalu sikit maklumat yang dia dapat tentang noona nya itu. Seoul tu bukannya kecil, tapi tak salah kan dia mencuba?
Pn.ong berdehem. "Boleh ahjumma tau kamu ni siapa?"
"Oh ya...saya Song Seojoon, dongsaeng song seong im..."
🌟🌟🌟
B o j i ' s W o r l d
Jimin melangkah masuk ke dalam syarikat rakan kongsinya itu sambil ditemani hani. Sapaan pekerja di situ dibalas sopan. Mereka berjanji untuk bertemu hari ini untuk berbincang lebih lanjut tentang projek baru itu.
YOU ARE READING
Destiny | MinHyo
FanfictionPark Jimin pewaris kekayaan keluarganya dan Song Jihyo, gadis yatim piatu yang ditinggalkan kedua orang tuanya bertemu dalam keadaan tak disangka. Janji mereka untuk selalu bersama dimungkiri apabila Jimin berpindah ke luar negara tanpa pengetahuan...