"I have a grudge on you because your own existence!"
🌸🌸🌸
Dah seharian jihyo di tempat yang dia sendiri tak tahu di mana ini. Dia cuba melepaskan diri, namun semuanya tak berhasil. Hatinya berdoa supaya ada insan2 yang baik hati datang menyelamatkan dirinya.
Jihyo tenggelam dalam lamunan. Pintu dibuka. Jihyo lihat lelaki tinggi mendekati. Kali ini, lelaki itu tidak bertopeng muka. Mereka saling berbalas pandangan. Jelas sekali riak muka jihyo seperti mengharap pembebasan.
Namun, lelaki itu sama seperti tadi, tidak bereaksi langsung!
"Aku tak tau apa masalah kau dengan hyeri, tapi aku rasa apa yang dia tengah buat sekarang ni sungguh tak logik." sehun bersuara buat kali pertama dengan jihyo.
"Nah, aku call lelaki semalam, kau cakaplah apa yang patut!" telefon bimbit dilekapkan ke telinga jihyo.
********************************
Kini, bogum dan keluarga jihyo berkumpul di rumah jihyo. Sebaik saja tahu akan hal yang berlaku, tn. Song dan pn. Song la yang paling risau. Bogum dan seojoon juga risau, tapi sengaja mereka bersikap tenang, tak nak timbulkan lagi masalah.
Semalaman seojoon dan bogum tak tidur, menunggu kalau2 ada panggilan dari jihyo semula. Nak buat laporan polis, tak cukup 24 jam lagi. Terpaksalah mereka tunggu sehingga jam 7 kalau nak buat laporan polis.
Masing2 diam melayan perasaan sendiri. Tn.song memujuk pn. Song yang sudah bengkak mata akibat terlalu banyak menangis. Tiba2, telefon bogum berbunyi. Nama jihyo terpapar di skrin.
Cepat2 dia menjawab panggilan itu. "Jihyo? Awak ke tu sayang?"
Jihyo mula menangis mendengar suara bogum. "Oppa! Tolong hyo...hyo takut..."
YOU ARE READING
Destiny | MinHyo
FanfictionPark Jimin pewaris kekayaan keluarganya dan Song Jihyo, gadis yatim piatu yang ditinggalkan kedua orang tuanya bertemu dalam keadaan tak disangka. Janji mereka untuk selalu bersama dimungkiri apabila Jimin berpindah ke luar negara tanpa pengetahuan...