" The moment i determine to forget you, i know i'll fail..."
🌸🌸🌸
H o s p i t a l S e o u l
Sudah hari ketiga jihyo berkampung di sini. Kalau diikutkan, nak saja dia minta untuk keluar namun memandangkan keadaan dirinya yang masih cedera dia pasrah saja. Setiap hari lepas habis waktu kerja, bogum akan datang menjaganya di sini. Tak terkecuali juga dongsaeng yang tak pernah dia kenal pun, turut datang menemaninya setiap hari.
"Noona, joon datang ni!"
Tengok, baru cakap dah muncul. Jihyo hanya memandang kosong. Jujur, hatinya mula menerima sedikit demi sedikit kehadiran seojoon kerana melihat kesungguhan lelaki itu memujuknya. Lagipun, bukan dia yang bersalah kan? Sudah tiba masanya dia melepaskan segala apa yang terbuku di hatinya selama ini. Dendam terhadap ibu bapanya mula pudar.
"Noona, joon bawak makanan ni, joon teringin nak makan sekali dengan noona."
Seojoon mengeluarkan makanan luar yang dibawa.
"Kaja! Makan. Nah!" chopstick yang seojoon hulur diambil jihyo. Seojoon cepat2 menghulurkan jajangmyeon yang sudah digaul kepada noonanya itu. Jihyo menyambut tapi tangannya masih kaku. Seojoon yang perasan akan keadaan itu cepat2 mengambil mangkuk dari tangan jihyo. Dia menyepit sedikit jajangmyeon lalu disua ke mulut jihyo.
"Ahhh~...buka mulut." jihyo hanya menurut. Dia mengunyah perlahan makanan tadi sambil diperhatikan adiknya. Seojoon tersenyum.
"Eottae noona? Good?" tangannya ligat mengacau makanan. Jihyo mengangguk. Niat seojoon untuk menyuap buat kali kedua terbantut apabila jihyo menahan.
"Noona boleh suap sendiri.." mangkuk jajangmyeon bertukar tangan. Seojoon masih terpaku, gembira dengan perubahan jihyo yang mula membahasakan dirinya noona. Pandangannya melekat ke arah jihyo yang enak menyuap makanan ke dalam mulut.
YOU ARE READING
Destiny | MinHyo
FanfictionPark Jimin pewaris kekayaan keluarganya dan Song Jihyo, gadis yatim piatu yang ditinggalkan kedua orang tuanya bertemu dalam keadaan tak disangka. Janji mereka untuk selalu bersama dimungkiri apabila Jimin berpindah ke luar negara tanpa pengetahuan...