..2...

524 26 2
                                    

.

Setelah beberapa saat berfikir, dia mengambil keputusan untuk balas menatap. Memilih pilihan pertama, iaitu untuk menerima cabaran si makhluk kurang ajar di balik pintu itu biarpun apa sahaja namanya. Suasana di dalam bilik terasa semakin tegang dan berbahaya. Hanya berisikan dua makhluk yang saling menatap sengit terkadang pejam terkadang celik.

Beberapa detik berlalu, nafas kembali terburu apabila mata sesuatu di celahan itu terlihat bergerak ke atas perlahan-lahan. Anak matanya yang membola dan dirasakan sedikit bergetar itu masih setia mengekor pergerakan di celah pintu, sehingga beberapa detik mata itu berhenti.

CREAK!!~

Pintu itu sekali lagi berbunyi menandakan ia terbuka tetapi dengan nada yang lebih tinggi dan keras. Ketika itu dapat dia merasakan bahawa dirinya sudah hilang kawalan, tangan yang tadi dirasakan kaku dengan pantas menarik hujung selimut hingga ke atas kepalanya.

Tanpa mengeluarkan suara dia memilih untuk menyelubungi dirinya di dalam kegelapan selimut yang dirasakan lebih selamat dari terus-terusan menatap...

.

KtakK!

.

"Pffft, pkhuhuhu..hhh.."

Lantas lampu didalam biliknya menyala diikuti suara ketawa yang seakan-akan tertahan. Dengan perlahan dan berhati-hati dia menurunkan selimut yang menghalang pandangannya dari dunia nyata hanya untuk dipertemukan dengan wajah, "...pembawa sial!" makinya perlahan.

"HANJI." bersama nafas yang bergetar akibat menahan amarah, matanya memandang tajam Hanji dan mengunci terus ke wajah si pembawa sial yang digelarnya itu. Perlahan dia bangkit untuk duduk dipinggir katil, sesekali melepaskan lelah kerana nafas yang diambil terburu-buru sebelumnya.

"Bhuahaha!!! L-Levii.. haha.. K-kauhh..kau..ahaha.. khaahaha!!" terlepas habislah ketawa si Hanji melihatkan reaksi dari manusia yang amat dikenali dengan panggilan Si Miskin Reaksi itu.

Levi. Benar, nama aku Levi Ackerman. Dan si pembawa sial itu adalah Han.. bukan, Cermin Mata Empat Sialan a.k.a Si Gila a.k.a Perempuan jadian a.k.a Sahabat Baikku dan juga dikenali sebagai Teman Serumahku. Kami menginap bersama dirumah sewa yang dimiliki oleh orang tua sahabat baikku yang seorang lagi. Erwin a.k.a Si Kening Tebal? Lebat? Subur?

Okeh, apa pun yang penting rumah dua tingkat ini dilengkapi perabot dengan tiga bilik tidur dua bilik air dilantai pertama dan dua bilik tidur satu bilik air berserta satu ruangan stor dilantai atas.

Erwin dan Hanji memilih bilik-bilik ditingkat satu, jadi sudah tentu aku memilih untuk menginap ditingkat dua, jauh dari Si Gila dan Si Erwin, meskipun kami kawan rapat tapi aku lebih memilih tempat yang sunyi dan tenang dari haiwan buas, maksud aku.. lupakan.

Bagaimanapun nasib yang baik tidak menyebelahiku di pagi buta hari ini, hanya kerana berpunca dari seekor Hanji...

Di sana, di atas karpet berbulu coklat dan bercorak abstrak hitam terbaring seekor Hanji dengan tangannya satu menyapu air dimata yang mengalir tanpa serba salah dan satu lagi setia menekan perut yang merasa seakan ususnya nak tercabut akibat sakit menahan ketawa yang kencang.

Bahunya bergetar hebat sambil tubuh yang berpusing ke kiri dan ke kanan, kaki menendang-nendang partikel yang tak bersalah di udara.

Levi yang sedari tadi sibuk menenangkan fikirannya daripada kejadian yang sempat membuat jantungnya berdenyut marathon, dengan perlahan bangkit, lalu berjalan kesamping Hanji yang masih sibuk menghabiskan oksigen dari paru-parunya melalui ketawa.

"Ghahahaha.. hhahaha..hmph?!" ketawa si Hanji berjaya dihentikan apabila Levi dengan terlalu bijaksana mengambil bongkah jam digitalnya lalu menyumbat paksa ke dalam mulut Hanji yang ternganga ketawa tak ingat dunia.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now