..10...

175 18 0
                                    


.

"Bila masa kau kerja di The Wall Cafe?"

Tanyanya kepada Eren datar bagi mengaburi perasaan sebenarnya yang membuak-buak ingin tahu.

Di dalam otaknya sibuk membayangkan Eren yang tinggi lampai berseragam waiter.

Berkemeja putih dengan lengan panjang dilipat hingga ke siku bersama apron berwarna hitam, labuh paras bawah lutut diikat di pingang pemuda manis tersebut.

Bibirnya sedikit meleret ke sisi tanpa dia sedari. Namun sempat ditangkap oleh lirikan mata Eren yang berubah memandangnya aneh.

"Sejak sebelum berpindah.. Erm, part time saja."

"Part time?"

"Yep, sebab aku freelancer, penulis novel.. kecil-kecilan." jawab Eren tanpa ragu.

"Mm, menarik. Novel apa?"

Matanya yang melirik sekilas kesisi hanya ditemukan dengan Eren yang muka gebu memerahan dan mengetap bibir.

"Aaa, adakah itu novel cin.."

"Ah, dah sampai. Aku turun dulu Levi. Terima kasih."

DUM!!

Bunyi pintu kenderaan ditutup. Belum sempat tayar kereta habis berhenti Eren sudah keluar mendahuluinya, terburu-buru.

"Heh, dasar anak manis kurang ajar."

Dengusnya yang kedengaran lebih seperti tawa. Meninggalkan perkarangan tempat letak kereta, dia langsung menuju ke rumah.

Bibir kembali mengukir senyuman kecil apabila melihat Eren yang masih berdiri menunduk didaun pintu, menunggunya masuk ke dalam rumah.

Warna-warna merah dipipi Eren yang sememangnya tadi merah bertambah merah apabila Levi menepuk sebelah bahunya perlahan sebagai ucapan terima kasih.

.

"Kau mahu aku tunjukkan selok-belok kawasan sini ke?"

Tanyanya kepada pemuda manis yang baru merebahkan diri di sofa ruang tamu.

"Eh? Tak perlu, aku dah ronda kawasan perumahan ni dengan Armin sebelum pindah masuk."

Armin? Oh ya, Armin Arlert kawan baiknya yang menegur aku waktu itu. Si rambut kuning pérang dengan potongan tempurung kelapa, well.. itu yang otak kecil aku katakan, otak besar aku tak ambil peduli pun apa bentuk rambutnya.

"Aa. Kawan baik kau, semalam aku ada berselisih dengan dia.."

"Hah!? Bila? Dia kata apa?", pancung Eren pada katanya.

"Semalam. Aku dah cakap semalam."

Levi membalas bosan kerana Eren tidak memberi perhatian kepada apa yang dikatakannya tadi.

Riak gelisah dan khawatir kembali tercetak di wajah pemuda brunette tersebut.

"Dia cuma perkenalkan diri. Itu saja." Niat Levi untuk bertanya mengenai kerisauan Armin terhadap pemuda tersebut tidak kesampaian.

Setelah mendengarkan penjelasan tersebut terdengar keluhan kecil daripada Eren, walaupun perlahan masih dapat ditangkap oleh pendengarannya.

'Apa sahaja yang dirahsiakan dari mereka ini.'

Selama hidupnya, tidak pernah dia tertarik atau berminat untuk mengambil tahu rahsia dan hal peribadi orang lain.

Baginya itu hanyalah perbuatan yang sia-sia dan membuang masa kerana kisah hidup mereka tiada kaitan dengan rentetan hidupnya.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now