..13...

190 14 0
                                    


.

Eren p.o.v

Cahaya mentari pagi yang mengintai di balik langsir menerpa wajah.

Kelopak mata mengerinyit tatkala merasakan tidurnya terganggu.

Kepala berambut warna coklat itu dirapatkan mendekati bayang yang dapat menyekat cahaya tersebut menembusi kulit kelopak mata berbulu lebat, panjang dan lentik yang masih sedang terpejam.

Bantal peluk panjang dipelukan di eratkan, mencuri haba yang terdapat daripada bantal tersebut.

Keselesaan yang dirasakan saat itu membuat dia tidak mahu bangkit dan memulakan hari-harinya awal seperti biasa.

Merasakan sesuatu yang aneh di telapak tangannya dia menekan-nekan objek tersebut perlahan.

Kening bertekuk dalam tatkala mengenal pasti apakah objek tersebut.

'Roti? Apa ni? Kenapa rasa ketul-ketul macam roti kentang?'

Wajahnya berubah-ubah memikirkan bagaimana boleh terdapat potongan-potongan roti pada bantal peluk panjangnya.

Dan lagi apa yang membuatnya cemas adalah, dia tidak pernah mempunyai bantal peluk panjang.

Anak mata berwarna seperti lautan dalam pasifik apabila terbias cahaya matahari itu terbuka dan membola.

Memandang seram objek di hadapan.

Kelihatan lelaki berambut hitam pekat berkilau sedang tidur di dalam dakapannya.

Badan melonjak kaku, automatik bibir penuhnya terbuka menyedut udara dengan pantas lalu terkatup kembali dan menahan nafas.

Pipinya dihiasi semburat merah tatkala menyedari yang difikirnya 'roti' itu adalah bahagian abdomen Levi.

Meskipun lelaki itu rendah darinya tetapi tidak dapat dinafikan, otot yang dimilikinya mantap dan padat.

Bahangong!

Aku dah kenapa?!

Keluar kau fikiran-fikiran kotor!!!

Scenario kejadian malam semalam mengenai dia yang memohon untuk menumpang tidur sehari dibilik Levi kerana ketakutan pada jalan cerita novel seram yang dibacanya semakin jelas.

Gumpalan liur di tekak ditelan perit.

Riak gelisah dan takut muncul di permukaan wajah.

'Habislah! Aku dah bagitahu aku takkan kacau tidur dia semalam. Tapi tengoklah, macam mana aku boleh merayap sampai ke atas katil dia sekarang. Kalau ketahuan ni, nahas.' fikirnya cemas..

Dengan perlahan dia mengalih dan mengangkat badannya daripada katil tersebut, memastikan tidak menghasilkan sebarang bunyi mahupun pergerakan yang akan mengganggu tidur manusia itu.

Berhati-hati, dia menginjak ke arah cadar selimut tebal yang sepatutnya dia tempati kemudian melipat kemas dan rapi sebelum menuju ke arah pintu.

"Eren."

Badannya refleks menegak layaknya seorang askar yang memberi hormat kepada orang atasan sebaik sahaja mendengar satu suara memanggilnya dari belakang.

Bantal dan selimut di pelukan di ramas kuat.

Terbata-bata kepalanya menoleh kebelakang, senyuman kekok menghiasi wajah .

"L-Levi! Hei, s-selamat pagi. Aku, aku.. m-maaf, kalau aku mengganggu tidur kau semalam. Aku pergi dulu." ucapnya gugup hendak melarikan diri.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now