..9...

196 16 1
                                    


.

.

Eren p.o.v
  
 
"BBZZZ!! BZZZ!! BZZZ!!"

Jam penggera yang berbunyi dari telefon bimbitnya dimatikan. Tumit telapak tangan ditonyoh ringan pada kedua kelopak mata bagi menghilangkan kekaburan dimata.

Telefon bimbit yang terletak di tepi bantalnya diambil untuk meneliti waktu yang tertera di skrin, 10.01 am.

"Pasti mereka sudah bertolak ke tempat kerja. Nampaknya harini aku akan bersarapan seorang diri." keluhnya bermalas-malasan.

Setelah menghabiskan sepuluh minit masanya dengan hanya termenung kosong ke udara, dia bangkit menuju ke bilik air.

Dalam keadaan separuh sedar dia memberus gigi, mencuci muka dengan pencuci mukanya kemudian memasang air pancuran hujan di sisi.

Mata yang tadinya separuh terbuka kini terbelalak besar kerana kulitnya dikejutkan dengan air pancuran yang amat sejuk.

Setelah mendapatkan kesedaran yang maksimum, dia mempercepatkan acara mandiannya kemudian keluar dengan tuala terlilit dipinggang bagi mendapatkan pakaian yang bersih untuk dipakai.

Maka terlihatlah seorang pemuda berambut coklat gelap dengan rambut hadapan disikat tengah berpisah ke samping sedang menuruni tangga.

Berpakaian lengkap t-shirt berwarna maroon jenis kapas dan seluar jeans panjang berwarna putih.

Pandangan matanya melekat pada skrin telefon bimbit, mencari-cari lagu untuk dimainkan pada headphone yang terletak di kepala.

Memainkan lagu yang diingini, dia menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Senyumannya merekah sehingga ke pipi apabila menyaksikan kepelbagaian makanan yang berada didalam peti sejuk dan kabinet dapur.

Rentak dan irama lagu yang berdendang ditelinga disenandungnya bahagia sambil melihat satu-persatu makanan yang terpamer dari jenis makanan mentah, cepat saji, siap saji, bijirin dan macam-macam lagi sehingga sesuatu terlintas difikirannya.

Mata yang sempat berbinar tadi tiba-tiba terpejam erat. Tubuhnya pemuda yang tadi berdiri kini duduk mencangkung dengan dahi diletakkan keatas kedua telapaknya.

Berasa kesal dengan otak sendiri yang tidak bijak berfikir.

"Ahh.. takguna. Aku lupa.. sekarang aku dah tinggal di rumah sewa... aku belum beli makanan sendiri.. Ohya!"

Mendapat idea bernas dia lantas berdiri.

"Apa kata kalau aku tumpang bersarapan dekat rumah keluarga Mikasa hari ini.."

Namun sebelum kakinya maju selangkah ke hadapan, kaki kembali terhenti.

"..tapi.. Mikasa mesti akan tanya itu ini, soal macam-macam.. hmm.. haahh~" keluhnya sambil menepuk dahi.

Peti sejuk yang berada di hadapannya di perhati lama.

"Nak ambil ke? Tapi tak baik lah ambil tanpa kebenaran.. but, still.. aku lapar.."

Bibir bawah mencebik, kecewa kerana kebuntuan idea.

"hah~ makan kat luar je lah." katanya sambil tangan kanan mengusap perut.

Kedua bahunya diangkat, dia mengalah lalu bibir tersebut kembali mengulum sebuah senyuman.

Dengan perut yang kosong dia kembali ke bilik, mengambil beg dompet dan kunci rumah. Fon kepala ditanggal dan disimpan rapi diatas meja.

Jam tangan bertali putih diambil dan dipakai pada tangan kiri menambahkan aksesori dan seri padanya.

Rambut dikemaskan sedikit agar tidak nampak seperti zombie yang sedang kelaparan.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now