..20...

248 12 0
                                    



_Sekarang_

Levi p.o.v

"Hiks.. Eren.. hiks hiks.. Oh Eren..."

Kening nipis hitam pekatnya dinaikkan sebelah setelah berkerut kehairanan berikutan bunyi tangisan yang tiba-tiba kedengaran dari booth kafe betul-betul tepat membelakangi mereka. Isakan yang diselangi dengan nama pemuda brunette yang mereka kenali didalam tangisan itu amat mencuri perhatian Levi, Armin dan Jean.

Serentak ketiga-tiga manusia berlainan ketinggian itu menoleh ke arah bunyi tangis sendu tersebut.

Sebaik menoleh, Levi dengan anugerah pandangan matanya yang setajam pisau secepat mungkin mengenal pasti siapa identiti manusia yang sedang terduduk disana.

Atau lebih tepat 'manusia-manusia' tersebut.

"Haa." keluhnya lelah.

Melepaskan lelah yang entah kenapa tiba-tiba terasa bertandang.

.

.

"Tenanglah Erwin. Sekurang-kurangnya sekarang Eren sudah kembali ceria dan bersemangat."

"Kau tak faham Hanji.. hiks.."

Balas Erwin dengan suara yang agak serak menahan sebak sambil kedua telapak tangan menangkup dikepala. Sebelah tangan Hanji menepuk-nepuk bahu tubuh sasa si Erwin cuba untuk memujuk sahabatnya itu.

"Apa pulak aku tak faham? Kau tau, sebelum ni aku merasakan bahawa dia adalah satu-satunya manusia unik yang aku pernah jumpa. TAPI, RUPA-RUPANYA!! MEMANG DIA MANUSIA PALING UNIK YANG AKU PERNAH JUMPA ERWIN!!! Kau faham tak apa yang aku cakap ni?! ha?! ha??"

Jelas Hanji penuh keterujaan. Kedua tangan perempuan itu melayang-layang keudara, dikibas-kibas selayaknya burung yang kepatahan sayap.

Tidak dilupakan air liurnya yang dapat dilihat meskipun seimbas kelihatan ianya mengalir dipinggir bibir, menitik-nitik jatuh diatas meja bulat kafe tersebut. Terliur dengan keunikan yang ada pada pemuda brunette yang menjadi topik seharian mereka hari itu.

GABRAKK!!

"WARGHH!!! ADOI, Erwin!!! Apa yang.. Oww!! Siapa pulak..?!!"

Hanji terpekik menjerit kesakitan apabila tiba-tiba merasakan kepalanya dengan ikatan rambut ekor kuda ditonyoh ke atas meja dihadapan mereka dengan kasar.

"Jijik."

Satu-satunya perkataan yang dilontarkan oleh Levi, sambil dengan selamba lengan kekarnya mengelap meja bulat yang ditempati rakannya itu menggunakan wajah berkaca mata si Hanji.

Membersihkan titisan-titisan lendir liur Hanji hasil dari beberapa pemikiran pelik kenalannya itu.

"Oih, Levi!! Ow-oww!! Eii, kotor LEVI!!! Lepas!!!"

Bingit dengan pekikkan si mata empat dia melepaskan genggaman eratnya.

Mengalih arah pandangannya kepada Erwin, seorang lagi rakannya yang bertubuh tinggi, besar juga bijak dalam mengatur strategi.

Tetapi amat berbeza wataknya pada waktu itu. Well, sebab dia..

"Kau yang nangis apahal?"

Tanyanya hairan kepada lelaki berambut perang tersebut yang masih terduduk menangkup kepala ditemani sendu tangis. Dia tidak habis fikir kenapa malah rakannya yang lelaki menangis tidak pula yang si perempuan.. Oh, dan lagi, dia baru teringat, dia mana ada kawan yang normal.

"Tak, takpa. Jangan jawab."

Sambungnya, tidak menginginkan penjelasan dari Erwin.

Erwin yang kelihatan lebih tenang dari sebelumnya mengangkat kepala, menampakkan wajah lelaki berkerjaya dihiasi sepasang kening beluncas diatas mata iris biru langit tersebut.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now