..19...

198 9 0
                                    


.

.

Jean p.o.v

Pedal minyak kereta ditekan, kereta menderu laju membelah keheningan jalan raya. Oleh kerana laluan tersebut merupakan jalan kampung, kenderaan yang lalu-lalang tidak berapa banyak tetapi masih boleh dianggap aktif pada waktu malam.

Suasana seram yang menggigit-gigit bulu romanya sebelum ini sudah pun perlahan-lahan berkurangan sebaik sahaja dia menjauh dari rumah bomoh lelaki tua tersebut.

Sambil mata memerhati jalan sambil itu jugalah tangan kirinya sibuk membelek telefon bimbitnya untuk melihat waktu sudah menganjak pukul berapa. Memikirkan apakah sesuai untuk dia mendatangi rumah orang lain diwaktu itu.

Dalam beberapa simpang mendekati rumah keluarga Jaeger sekilas matanya terpandang kelibat yang pantas berlari dari kejauhan menuju kearah jalanraya mendekati keretanya yang sedang dipandu sederhana laju.

Sekelip mata, tangan serentak menekan hon kereta dan kaki menekan brek, tidak cukup dengan itu handbreak juga turut dibantainya tarik. Berharap agar keretanya yang sedang meluncur laju itu segera dan sempat berhenti dari berlaku kejadian yang tidak diingini oleh sesiapa pun.

Namun, kelibat tersebut yang sedang menuju ke arahnya seakan sedang mencari mati memustahilkan perkara tersebut dari terjadi. Samar-samar didalam kebisingan bunyi hon keretanya dia terdengar suara pekikan seseorang diikuti gegaran keras pada bumper hadapan kenderaan.

Setelah mengambil beberapa kali nafas yang dalam dia memberanikan diri untuk turun dari kereta bagi memastikan apa yang sedang berlaku. Pandangan matanya tiba-tiba menjadi tidak berapa fokus malam itu dek kerana ketakutan dia telah melanggar seseorang.

Sebaik menangkap kelibat dan identiti manusia yang sedang berada dihadapan kereta, matanya membola bukan kepalang. Memikirkan dalam banyak-banyak manusia didunia ini kenapa mesti Eren yang dia langgar?

"Jean? Jean Kirstein!!" terdengar suara seorang lelaki dewasa memanggil namanya seperti sedang memastikan.

Terjaga dari lamunan anak mata coklat kekuningannya menambah fokus ke arah suara tersebut. Mengenali kedua insan dihadapan dia lantas mendekati.

"Pakcik Jaeger!! Ah, saya minta maaf pakcik! Salah saya, maaf!!" perasaan ingin tahu dan ketakutan kerana serba salah membuak-buak dari dalam dirinya.

"Tak mengapa, bukan salah kamu. Kereta kamu sempat berhenti tadi tapi Eren terlampau laju, lagi pula dia nampaknya tak cedera. "

"Apa yang sudah berlaku pada Eren, pakcik? "

"Tidak apa lah Jean, nanti pakcik ceritakan. Mari tolong pakcik angkat Eren ke dalam kereta kamu, tumpangkan kami balik ya.." tutur Encik Jaeger panjang lebar menjernihkan suasana agar tidak semakin panjang.

"Eh!? Ah, ya-ya. Baik saya akan tolong hantarkan pakcik terus ke rumah. Saya pun dalam perjalanan ke sana." akur dirinya, berterus terang.

"Baguslah begitu." jawab lelaki dewasa berkaca mata tersebut. Sepertinya sudah kelihatan sedikit tenang dan lega dari sebelumnya.

Eren yang telah tidak sedarkan diri dipindahkan ke tempat duduk belakang kereta bersama Encik Jaeger dan seorang lagi lelaki yang dikenalinya dengan nama Hannes duduk dikerusi hadapan sebelah pemandu. Namun sebelum memasuki kereta, ekor matanya tiba-tiba menangkap kelibat seorang pemuda yang amat dia kenali. Berambut perang kekuningan berpotong tempurung kelapa.

Tungkai kakinya yang panjang melangkah ke arah pemuda yang dikenalinya dengan nama Armin. Mata mengimbas sekali lalu. Memerhatikan si rambut kuning tersebut berlutut dipinggir jalan, kedua tangan longlai disisi dengan sepasang anak mata berwarna biru laut merenung kosong ke arah hadapan kereta Myvi miliknya.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now