..3...

311 21 2
                                    

.

"Pak Atan ada kucing~ Nama dia Bingo~ B.I.N.G.O~ B.I.N.G.O~ B.I.N.G.O~ Nama saya Bingo Meow Meow~"

Kelopak mata milik seorang pemuda bernama Levi bergerak-gerak, wajahnya berkerut kehairanan apabila terdengar alunan lagu yang teramat asing sekali tetapi amat dikenali oleh pancainderanya.

Sebaik sahaja terbangun dan menjumpai punca datangnya lagu kanak-kanak tersebut, title wajah 'manusia' tidak lagi boleh diguna pakai padanya dan terpaksa digantikan dengan title 'makhluk'.

Pandangan ngeri, keliru, benci dan seperti sembelit itu tertuju tepat di sebelah kanan bantal tempat tidurnya.

Telefon bimbitnya terletak elok di sana dengan bernada deringkan, ".. pap! pap! N.G.O~ pap! pap! N.G.O~ pap! pap! N.G..." jari-jari yang gatal dan terasa seperti ingin melempar telefonnya sendiri keluar tingkap itu ditahan sebaik mungkin lalu menjawab panggilan yang sedari tadi menunggu untuk disambung.

Tanpa niat untuk mengambil tahu identiti siapa yang berada diseberang talian dia menarik nafas sedalam mungkin kemudian menghembus perlahan lalu menjawab ringkas. "Hm."

"LEVI!! Morning!~ Aku ni!!~~", siapa lagi kalau bukan si Hanji.

"Oi gila, perlahankan suara kau!"

"Ahahah, okkay-okkay~ By the way, jam digital kau aku dah cuci BERSIH-BERSIH dan letak Kemas-kemas dekat tepi telefon bimbit kau.." mendengarkan kata-kata Hanji matanya langsung melirik kesamping untuk memastikan... tiba-tiba sesuatu terlintas difikirannya.

"Hanji.. Kau ada sentuh telefon aku"

"Eh?! Ahaaha, itu ayat pernyataan atau soalan? Hurm, jangan risau aku tak sentuh teruk pun, just tukar ringtone, wallpaper dengan theme jer.. lagipun skrin kau tak ada Lock jadi sebab aku tengah bosan dan kau pulak tiba-tiba tidur mati pagi ni, macam tu lah. Oh! dan lagi.." panggilan dimatikan sepihak oleh Levi.

Andai sahaja dia kaya-raya dan berkemampuan mendapatkan telefon bimbit baharu pada waktu itu juga, sudah pasti skrin ditelefon bimbit touch skrin-nya itu dia tekan sekuat hati sehingga pecah dan terbelah dua ketika menamatkan panggilan tersebut lalu pijak-pijak di lantai kemudian campak ke loji najis. Sayang sekali itu hanya fantasi.

Oleh kerana kejadian yang berpunca dari sekeping Hanji 'lagi' di pagi ini, sekarang kesedarannya sudah mencukupi seratus peratus, rasa mengantuk yang tadi menari-nari diatas kelopak mata pun sepertinya amat takut dengan mood Ackerman dipagi ini.

Sekilas dia memandang pada jam dindingnya, pukul 8:40 pagi, dia masih mempunyai masa selama satu jam lebih untuk bersiap sebelum berangkat ke tempat kerja dimana dia perlu punchcard sebelum tepat pukul 10:00 pagi. Tanpa berfikir panjang, tubuhnya secara automatik bergerak seperti selalu di setiap pagi untuk membersihkan diri sebelum memulakan hari-harinya.

Mnuju ke bilik air, suatu bunyi lain menangkap pendengarannya.. "P.P.A.P~~ I have a pen~ I have an apple!~ Apple.." dengan tersekat-sekat kepalanya berpusing kembali menatap telefon bimbitnya. Kelihatan ikon SMS dilayar skrin, menandakan ada satu mesej masuk.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now