..12...

158 10 0
                                    


.

Hitam.

Gelap.

Hening.

Dia tidak pasti apa yang sedang berlaku, daripada mengatakan hitam ataupun gelap dia memilih untuk memanggil ruangan tersebut.. kosong.

Tanpa kehidupan.

Tiada sebarang bunyi yang dapat ditangkap oleh pendengarannya.

Seram sejuk menerpa diri, bulu roma berdiri tegak.

Merinding dengan suasana gelap sekeliling yang tidak di kenali.

Menyedari sedang berbaring, tangannya cuba untuk meraba sekeliling namun hanya permukaan datar yang sejuk dirasakan.

Berasa kebingungan dan tidak berpuas hati, tangan kanannya di angkat lalu di sentuh wajahnya sendiri.

Bulu mata panjang menggeletek telapak tangan setiap kali dia membuka dan menutup kelopak matanya.

Tiada kain pengikat pada mata dan juga tidak terpejam.

'Apa yang berlaku? Aku dah buta?' fikirnya cuak.

Perlahan kaki dan tangan mendorong badan untuk mendudukkan diri. Lantas mengambil posisi berjaga-jaga terhadap sekeliling.

Kedua tangan kembali menggapai dan mencari-cari objek yang berdekatan agar dia dapat membuat kesimpulan di mana keberadaannya diwaktu itu.

Bukan lantai, bukan marmar, fabrik kain, jauh sekali..

Hanya sebuah permukaan datar yang agak sejuk pada kulit-kulit yang terdedah.

Mimpikah?

Tetapi perasaan, kesedaran dan reaksi yang dirasakan saat itu amat realistik sekali.

Tidak terdapat sebarang perabut mahupun objek di sekitar kawasan tersebut, menyulitkannya untuk membuat kesimpulan.

Justeru dia kembali memerhati kegelapan disekeliling dengan jelingan dingin iris kelabunya.

Apa yang pasti.

Seyakin-yakinnya pasti.

Dia tidak buta.

Matanya masih celik cuma ruangan yang di tempatinya itu yang gelap, senyap, sunyi, kosong dan misteri.

Lalu dia mengambil keputusan untuk bangun dan bergerak daripada kawasan tersebut dengan harapan menjumpai sesuatu yang dapat di jadikan arah tuju.

.

.

"HUURFF!!!~"

Tubuhnya kaku.

Belum sempat berdiri, tiba-tiba terasa hembusan haba bertiup dari belakang leher.

Dari aspek bunyi kedengaran seperti dengusan nafas yang berat.

Tahulah dia bahawa dia tidak berseorangan di sana.

Anak mata kelabu itu mengecil, pandangannya terkunci mengarah ke bawah.

Tersentak dengan kewujudan yang tiba-tiba hadir..

Gumpalan air liur ditelan perit dan kelat.

Kedua tangan yang mendorong duduknya tadi dirasakan agak menggeleter.

Andai sahaja dia sedang berdiri, sudah pasti badannya itu jatuh tersembam ke bawah kerana lutut dan kakinya yang terasa longlai dan lemah.

Kesemua kekuatan yang di punyainya selama ini seperti hilang dan lenyap disesap oleh kegelapan tersebut sekelip mata.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now