..14...

147 10 0
                                    


.

.

"LEEEEEVIIIII!!!"

Keseimbangan badan yang tidak stabil itu segera dia perbetulkan setelah dengan tangkas kedua tangannya menangkap sisi tab mandi.

Nafas panjang diambil kerana kepalanya nyaris-nyaris terbentur ke lantai marmar bilik mandi tersebut.

Sudut rahang jelas terlihatan akibat mengetap gigi geraham dengan kuat kerana menahan amarah yang membuak-buak disebabkan suara Hanji yang tiba-tiba memekik memanggilnya dari luar pintu bilik tidur.

BAM! BAM!! BAM!

"LEVIII!! LEVIIII!! CEPAT! TOLONG AKU!!!!"

Pekik Hanji lagi sambil disusul dengan beberapa bunyi hentakan di pintu tersebut.

Membetulkan tuala mandi dipinggang, dia membuka pintu malang yang sedang dihentak keras seakan hampir roboh itu.

Tanpa berkata-kata dia menatap tajam kepada makhluk berkaca mata yang kelihatan kacau bilau dihadapan pintu.

Dengan tenang dia menunggu apa yang akan dikatakan Hanji.

"LEVI!! TOLONG!! GAS HABIS!!" jelas perempuan tersebut risau dan menggelabah.

Iris dingin birunya memandang bosan pada bingkai cermin mata Hanji. Cacat apa, gas habis beritahu aku?

Namun dia sedar, dengan siapa dia sedang berdepan saat itu. Iaitu sepiring Hanji, manusia separuh makhluk asing yang suka dan gemar melihat dia berpanas hati.

"Aa. Nanti aku order." balasnya ringkas lalu menutup pintu bilik. Malas memberikan reaksi yang di ingini si Hanji.

Seinci sebelum pintu itu ditutup rapat Hanji kembali bersuara.

"Terima kasih Levi yang wangi lagi sexy!~" piring itu mengusik.. sepiring Hanji itu mengusik sambil mengerling kearah abdomennya lalu mencicit berdekah melarikan diri menuruni tangga.

Jemari diangkat memicit pertemuan kening.

"Lakhanat."

Maki bibir tipis merah jambu tersebut tanpa memikirkan dosa.

Melihat dirinya yang masih bertelanjang dada dia kembali semula ke bilik mandi. Menyelesaikan apa yang tertunggak lalu keluar menuju ke almari pakaian sambil mengeringkan rambutnya.

Padanan t-shirt hitam lengan panjang dilipat rapi bawah siku bersama seluar jeans putih. Memilih untuk berpakaian bersahaja di pagi itu kerana hari tersebut merupakan hari cutinya.

Cuti lagi? Hah, mestilah. Ingat berapa lama masa yang sudah berlalu sejak pertemuannya dengan makhluk si penceroboh mimpi itu?

Dua minggu telah bertandang sejak dia dilawati oleh makhluk pendengus yang syok sendiri tersebut. Dan masih tiada sebarang kejadian aneh yang berlaku dalam jangka masa itu berikutan akibat kepada amaran yang telah diterimanya.

Selain itu, dia masih tidak menjumpai perkataan atau gelaran apa yang harus diberikan kepada jin tersebut.

Malah Eren sendiri mengatakan dia juga tidak pernah berfikir atau teringin untuk memberikan nama kepada jin saka itu.

Kerana tidak mahu mengambil risiko jika ia berkemungkinan secara tidak langsung menjadi pengikat rasmi antara pemuda itu dan jin saka tersebut.

Justeru Levi memilih untuk memanggil makhluk itu sebagai... 'makhluk'.

Hanya, makhluk.

Ataupun perkataan-perkataan pedas yang dirasakan sesuai dan sempat tercetak secara haram di dalam fikirannya.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now