..6...

213 19 0
                                    

.

Acara memasak mereka diakhiri dengan tersedianya semangkuk sambal sardin goreng.

Semestinya.

Gulai kurma ayam, sayur campur tumis, sepiring daun salad segar, tetimun dan sambal belacan terhidang di atas meja makan.

Setelah siap mengemas peralatan-peralatan yang digunakan sewaktu memasak, duduklah mereka bertiga mengambil tempat masing-masing di set meja makan enam kerusi tersebut untuk menikmati juadah makan malam yang ditunggu-tunggu.

Tiba-tiba Hanji bangkit dari kerusi membuat Erwin dan Levi serentak menoleh ke arahnya.

"Dah kenapa?"

Tanya Erwin dengan dahi yang berkerut ingin tahu.

"Owh, aku nak pergi panggilkan Eren untuk turun makan malam bersama. Korang dah lupa pasal dia ke?" balas Hanji sambil bercekak pinggang.

Levi tersentap.

Sedikit takjub kerana dia sampai terlupa akan kewujudan Eren gara-gara terlalu memikirkan sangat ruang kosong diperutnya yang meminta agar cepat diisi dan juga kehadiran Eren yang masih sangat baru di rumah tersebut amat tidak membantu ingatannya.

Bagaimanapun, niat Hanji dan lamunan Levi terhenti setelah Erwin bersuara.

"Eren tidak dapat makan bersama kita malam ini kerana tadi dia telah dijemput oleh saudaranya untuk makan malam bersama. Tapi, katanya selepas makan dia akan terus pulang, lagipun rumah saudaranya tu berada berdekatan kawasan sini." jelas Erwin panjang lebar.

"Eh?! Alorh... aku baru nak sembang-sembang dan tengok wajah cute dia, aisey~" jebik Hanji, Levi mengangguk, dalam diam bersetuju dengan keinginan si Hanji.

"Biarlah, lagipun dia baru berpindah ke sini, mestilah dia perlu mengutamakan saudara-saudaranya dulu. Betul tak?" soal Erwin kepada Hanji.

"Hmm, betul jugak.. So, kalau macam tu jom makan. Kita lupakan Eren, wakakaka!~" balas Hanji disahut renungan tajam mata Levi kearahnya.

Maka bertebaranlah tangan milik manusia-manusia yang kelaparan tersebut... menceduk, menuang dan menyuap makanan yang mereka sukai ke dalam mulut masing-masing.

'Semuanya kecuali sardin, buat masa ini'.

Tanam Levi di dalam fikiran, perumpamaan yang Hanji berikan benar-benar menggugat imaginasinya.

Selesai menikmati hidangan makan malam, Levi mengambil keputusan untuk terus menuju ke biliknya dan menyelesaikan kerja-kerja yang dibawa pulang tadi petang, kerana Hanji dengan sukarela telah menawarkan diri bagi proses cuci mencuci selepas makan.

Levi merelakannya kerana hasil pembersihan yang dilakukan oleh Hanji masih berada dalam linkungan standard yang dia kehendaki. 'So, why not take the offer?'

Sebelum memasuki biliknya, sekali lagi pandangannya jatuh pada pintu ke taman di atap datar rumah dan bilik Eren, terasa sunyi kerana ketiadaan si Eren.

Betapa rindunya dia kepada kelibat manusia ber anak mata unik campuran hijau, biru dan emas tersebut, mereka hanya sempat bertemu dan berborak tidak sampai 10 minit. Sekarang sudah hampir 12 jam dia tidak menatap mata seakan zamrud itu.

'Wah, tak sangka kau masih mempunyai perasaan untuk merindui seseorang, dengan orang yang baru kenal pula tu.. goodjob, goodjob.''

Pujinya pada diri sendiri sambil tersenyum sinis.

Punggungnya mendarat di atas kerusi yang berada diruangan kerja di sudut bilik. Komputer riba berwarna putih mutiara di atas meja dibuka cermat. Kaca mata khas penahan silau di letakkan elok diatas pangkal hidung.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now