..15...

147 8 0
                                    


.

.

Mengikut arah lokasi yang diberikan, dia tiba dihadapan sebuah mall dalam masa kurang dari sepuluh minit.

Keluar dari kenderaan, dia terus menuju ke sebuah kafe bakeri dimana Armin sedang berada.

Dentingan loceng terdengar seketika apabila dia membuka pintu masuk kafe tersebut.

Bau manis pembakaran roti, pastri dan kopi bertebaran di udara. Perutnya berkeroncong, mengingatkan dirinya yang masih belum bersarapan.

Anak mata silver itu mengimbas pelanggan-pelanggan yang terdapat di kafe tersebut.

Ekor matanya menangkap kelibat seorang pemuda berambut perang yang dicamnya sebagai Armin sedang khusyuk membaca sesuatu pada skrin komputer riba di atas meja disudut ruangan bersebelahan cermin berkaca.

Tanpa menoleh kiri dan kanan dia terus berjalan dan mendudukkan diri dihadapan pemuda tersebut.

Armin yang tersedar akan kehadirannya sedikit mendecit.

"Uwah! Sir Levi? Saya tak jangka encik akan sampai begitu awal."

"Mm."

Balasnya ringkas lalu memesan sarapan kepada salah seorang pelayan yang telah berada disisi meja, bersedia mengambil pesanan.

"O-okay. Baiklah."

Berdepan secara langsung dengan lelaki bermata kelabu biru itu membuat Armin menjadi gugup.

"Baiklah."

"Hm? Maaf?"

"Sekarang jelaskan apa hubungan kau dengan Eren dan sudah berapa lama?" tanya Levi straight to the point.

"Ha?!"

Armin terkejut setelah tiba-tiba diajukan soalan yang agak aneh kepadanya.

"Dan kau masih belajar atau sudah bekerja?"

Armin yang masih lagi di ambang kekeliruan kembali ditanya.

Secepat mungkin pemuda berambut perang dengan iris berwarna permata biru jernih itu mengumpul nyawanya untuk membalas tatapan dan soalan dari lelaki bermata silver yang dingin seperti ais tetapi tajam seperti mata pedang.

"Saya.. ehem, saya telah mengenali Eren sejak kami berusia lima tahun dan merupakan sahabat karibnya, kami juga akan pastikan status itu k-kekal selama-lamanya?"

Peluh gemuruh disisi dahi muncul apabila merasakan pandangan Levi yang seakan mahu menyiat kulitnya hidup-hidup.

"Saya adalah um.. seorang student dalam bidang Mikrobiologi. Kalau encik tertanya-tanya perihal usia, saya dan Eren berbeza umur dengan dia setahun lebih tua. Dan kenapa dia tidak meneruskan pengajiannya.. saya tidak berhak untuk memberitahukan itu."

Keduanya menatap mata.

Beberapa saat kemudian Levi mengangguk satu kali tanda berpuas hati. Armin yang mengetahui bahawa dia tidak melakukan kesalahan sepanjang kekalutan otaknya memproses kata-kata, bernafas lega.

Suasana diceroboh seketika oleh pelayan yang membawa dua set roti bakar kaya planta dan sandwich tuna bakar berserta secawan black pearl tea, pesanan diletak teratur diatas meja.

Setelah pelayan tersebut membongkok sedikit dan berundur suasana dirasakan kembali mencengkam.

Sudah tentu ianya berlaku pada pihak Armin yang masih agak janggal dengan kewujudan lelaki bengis dengan rambut bergaya Backstreet Boys itu.

Armin tersenyum kekok apabila melihat Levi menjemputnya makan dengan hanya menggunakan pandangan mata.

"Ah, tak mengapa. Saya baru lepas bersarapan. Terima kasih, sir Levi." balas iris biru itu sopan.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now