. . . . .

166 10 0
                                    

.

Kebanyakan orang di zaman dahulu amat bergantung sepenuhnya kepada jin. Mereka dijadikan suruhan untuk menjaga dan melindungi harta benda, diri, keturunan dan sebagainya yang dirasakan penting oleh tuan mereka.

Terdapat sesetengah manusia yang melihat keburukan tersebut lebih kepada keistimewaan. Antaranya penggunaan bantuan daripada jin-jin yang sememangnya kita semua tahu apakah kebolehan yang dipunyai oleh makhluk-makhluk terkutuk tersebut.

Bagi menjalinkan ikatan sedemikian manusia dan jin memerlukan sesuatu untuk dikorbankan. Semestinya dengan syarat keuntungan sama rata, malangnya tanpa disedari manusia yang didampingi akan mendapat kerugian melebihi keuntungan. Manusia tersebut akan terikat bersama jin itu selama-lamanya, berdamping dan didampingi dari keturunan demi keturunan dan demi keturunan. Lalu generasi kewujudan saka dimulakan.

Apabila tuan mereka di ambang kematian, dengan pantas pencarian tuan baru dijalankan. Samada ahli keturunan tersebut menerima mereka secara sukarela ataupun tidak. Berbagai cara digunakan pembela saka yang sedang terdesak, terutama sewaktu hayat mereka sudah memanggil tetapi ikatan dirinya dengan jin tidak membenarkan mereka untuk berehat dengan aman selagi tidak menukarkan milik jin saka yang berdamping dengannya.

Cara-cara pemindahan yang dilakukan amat mudah dan kebanyakan manusia yang normal tidak akan sedari apa yang sedang dilakukan kepada mereka. Antaranya adalah jika terdapat seseorang yang baru anda kenali tiba-tiba mengatakan sesuatu ataupun memberi suatu ucapan kepada anda.

Contohnya, "Adakah engkau terima?" ataupun dengan cara yang lebih halus seperti "Kau adalah sahabat baikku." Tetapi ianya haruslah dilakukan secara verbal, kerap juga dialami oleh orang-orang yang tertentu melalui mimpi.

Jika tuan mereka tidak memiliki keturunan, mereka akan mencari tuan yang baru menggunakan pemerhatian sendiri lalu menyasarkan manusia yang pernah mereka temui dan ingini kemudian mengekori tanpa pengetahuan dan kebenaran manusia tersebut.

Apabila dunia semakin berevolusi, manusia semakin bijak dan lebih luas pengetahuan mereka mengenai beberapa perkara. Mereka dapat mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk dengan hanya sentuhan dihujung jari.

Jadi proses pemindahan dan penerimaan saka ini menjadi lebih sukar untuk dilakukan. Maka kebanyakan jin-jin tersebut menjadi jin perantau ataupun yang berpindah-randah dan mengacau manusia-manusia yang menjadi sasaran mereka sesuka hati tanpa kawalan.

Hubungan antara jin dan manusia yang masih utuh sehingga ke hari ini adalah melibatkan jin penjaga di istana-istana yang lama. Mereka setia disana menjaga kawasan dan keturunan yang berdarah diraja daripada merabahaya. Sehingga pernah suatu ketika berita besar dihebohkan oleh warga kota dan seisi istana. Disaat seorang raja telah mengambil seorang anak angkat yang berketurunan darah biasa lalu dibawa menetap di istananya.

Sewaktu terjaganya remaja tersebut di malam hari dia tidak lagi berada diatas katil melainkan di perkarangan luar pintu besar istana yang tertutup. Dia telah diangkat oleh jin istana yang sepertinya tidak mahu orang-orang darah kebiasaan sepertinya berada di kawasan bawah jagaan mereka.

Atas kejadian tersebut, bahagian tertentu di istana lama itu telah ditutup dan hanya dibuka sekali sekala dengan kebenaran dan hanya orang yang tertentu sahaja dibenarkan masuk. Kemudian bangunan istana yang baru dibina mengelilingi hadapan istana lama supaya perkara yang sama tidak lagi berulang atau terjadi kejadian yang lebih parah.

.

.

.

Sekadar berkongsi.

Saka atau SuckerWhere stories live. Discover now