Putera Ue tidak punya ego setinggi kebanyakan lelaki Bumi.
"Dinda, beta janji takkan paksa dinda pilih nama anak. Kita tangguh saja dulu. Lambat lagi kan, budak-budak tu nak lahir? Kita perlahan-lahan fikirkan hal ini, OK?" pujuk Putera Ue dengan menggunakan ayat yang sudah si Bob ajarkan tadi.
Nampaknya menjadi.
Permaisuri kembali tenang lalu kembali ke meja, dan makanan sedap dijamahnya semula. Hot dog, memang kegemarannya.
Putera Ue nampak lega sedikit lalu tunjukkan ibu jarinya yang digerak-gerakkan secara rawak kepada rakan-rakan manusianya.
Itu tanda keadaan terkawal. Maaf, saya lupa ajar Putera Ue cara yang betul tunjukkan signal 'thumbs up', jelas Wira secara telepati pada kesemua rakannya yang berkerut lihat isyarat yang Ue sedang buat. Entahlah apa yang cuba dikoreknya.
"Permaisuri terlalu ikutkan tradisi, Putera pula sibuk melindungi anak-anaknya yang dia yakin sangat akan dibuli. Tak boleh jadi ni," sembang Mila pada rakan-rakan di meja yang lagi satu.
"Habis tu bagaimana? Pilih sana salah, pilih sini pun salah," kata Wira.
Al dan Wi setuju.
"Ya, ditelan, mati gas; diluah mati mineral," omel si Wi, sugul, tanpa niat nak buat lawak. Tapi Boea sudah terkeluar sedikit bunyi pengisarnya.
"Kami ada cadangan," tiba-tiba Firi bersuara.
Semua mata menunggu dayang yang setia itu terus bersuara.
Langsung Firi dan Zaya berduet, haiku mereka:
"Kiri salah kanan parah,
Tapi sebenarnya tak susah,
Nama Bumi paling menyerlah.""Awak berdua nak mereka namakan anak mereka dengan nama macam warga Bumi?" tanya Mila, seperti biasa, menjadi orang pertama yang bisa mencerna maksud sastera mereka.
"Nama bukan sebarang nama,
Nama indah milik manusia,
Sepasang insan tinggi jasanya," sambung mereka, berduet lagi."Zaya, Firi, nama manusia paling tinggi di dunia tak sedap," balas Al setelah membuat analisa pantas di telefon pintar miliknya. Dia dan Wi suka benar peranti Apple dan pelayar Chrome.
"Maksud kami, nama Mila dan Wira. Bukan nama manusia paling tinggi badannya atau manusia berjasa yang lain," Zaya terangkan.
Yang lain angguk kepala. Mila dan Wira berpandangan.
"Tengoklah dulu bagaimana keadaan mereka," akhirnya Wira putuskan, walaupun dia tak berapa gemar mendengar cadangan ini.
Tiba-tiba meletus ketawa di meja sang putera dan permaisurinya.
Terus Zaya pegang tangan Mila dan kata, "Malam ini, kami nak minta pihak neutral cadangkan. Kalau Nujum Casiopeia tak sibuk memantau situasi Ginafuwara, kami nak mohon dia hantarkan utusan."
Sekali lagi Mila dan Wira berpandangan.
"Janji selesai, sudahlah," Mila akur bagi pihak mereka. Mila nak kahwin dengan Wira ni! Kalau boleh selesai satu masalah, alangkah leganya. Dan mereka masih perlu risaukan perkahwinan Boea dan Bob yang akan berlangsung lusa di Noa, serta perihal Sarah dan Luth yang masih dalam keadaan berjaga-jaga lagi.
****
Dalam keresahan Mila dan Wira sempat mencuri masa untuk bergurau-senda di dalam kereta malam itu, setelah selamat mereka hantarkan Putera Ue dan Permaisuri Mulianasari ke hotel mewah di Putrajaya itu. Yang lain-lain sudah ke rumah Boea, kerana mahu membantu Boea meneruskan persiapan perkahwinan. Tinggal lebih kurang 48 jam sahaja lagi sebelum pasangan itu diraikan penduduk Noa.
YOU ARE READING
Penulis Jadian III
مغامرةMila dan Wira nak kahwin! Setahun pertunangan sudah berlalu. Namun perlu dahulukan Bob yang terpaksa menunggang Komet Noa demi menyunting Boea, makhluk asing pilihan hati. Itu belum sentuh hal memberi nama kepada dua putera Marikh yang bakal lahir d...