Part 2

5.6K 173 2
                                    

"Mommy..." berserta dengan daun pintu bilik yang berukir cantik ditolak dari luar.

Kelihatan seorang wanita awal 30-an sedang membaca buku di atas katil dengan memakai set baju dan seluar tidur berwarna merah hati sedang memandang ke arah suara kecil.

"Yes Aid, whats wrong sayang?" Firyal melepaskan buku di tangannya. Dia turun dari katil mendekati anaknya yang comel itu.

"I have a nightmares..." ujar bibir kecil itu muram.

"Wanna sleeps with mom tonight?" tawar Firyal.

Tengku Aidan kelihatan menggeleng laju. "I can't," ujarnya.

"A big boy must know how to survive," ujarnya lancar walaupun usianya baru menginjak ke angka 5 tahun.

"Come, I put you into sleep back," Firyal pimpin tangan anak bujangnya itu kebiliknya semula.

"Mom, can I sleep somewhere else?" pintanya lagi. Langkah terhenti membuatkan langkah Firyal turut terbantut.

"Kenapa?" Firyal menunduk supaya ketinggian sama aras dengan ketinggian anaknya.

Dalam mata anak kecil itu kelihatan berkaca. Sudah lumrah jika anak lelaki lebih manja dengan ibunya.

"Tak apa, Aid boleh cerita dekat mommy," pujuk Firyal.

Tengku Aidan diam. Dia menundukkan wajahnya seketika.

Firyal mengusap lembut kepala anaknya. "Come, sleep with mommy tonight, you can be a good boy later on..." ujar Firyal menarik tangan anak lelakinya itu untuk naik ke katilnya.

...

Jam 10.35 minit malam barulah Mercedes E300 milik Tengku Fahd memasuki ke perkarangan banglo tiga tingkat milik mereka berdua.

Firyal menyarungkan selipar mendekati suaminya. Senyuman lembut seperti biasa dihadiahkan saat mereka berdua saling berpandangan.

Meskipun wajah kelelahan terbias di wajahnya, namun Tengku Fahd masih membalas senyuman Firyal.

"Howday?" soal Firyal berjalan menuju ke arah Tengku Fahd yang sedang menantinya di pintu kereta yang terbuka.

Tengku Fahd hanya senyum sambil mendepakan tangannya. Terlakar kerinduannya terhadap wanita itu. Selama dua minggu di Australia, tidak sehari pun dia tidak menghubungi isterinya, walaupun hanya sekadar 5 minit sahaja mereka berhubung.

Firyal hilang dalam pelukan suaminya. Sama-sama mengungkapkan rindu dalam bahasa tubuh yang mendalam.

"Sihat?" Tengku Fahd merungkai tangannya kanannya tapi tangan kirinya masih memeluk pinggang Firyal.

"Fine. Here..." Firyal senyum menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi menandakan dia tidak apa-apa.

"Good then, abang rindu betul..." ujar lelaki itu cuba untuk memeluk Firyal semula.

"Haipp," Firyal menolak tubuh Tengku Fahd dengan tangannya.

"Mandi lepas tu makan, jom..." Firyal melonggarkan pelukan.

Tangan Tengku Fahd ditarik masuk ke dalam rumah.

"I'll take your things later," putus Firyal.

"Tak apa, abang turun ambil sendiri nanti. Abang lapar sekarang ni," ujar Tengku Fahd.

Ketika itu, mereka sudah pun berada dalam rumah.

"Fir panaskan lauk," Firyal ingin berlalu ke dapur.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now