part 30

2.5K 84 1
                                    

Auni keluar bersiar di sekitar Pekan Kuah selepas bersarapan pagi.

Aktiviti Pertamanya pagi itu, Auni melawat Bird Paradise & Wildlife Park sekitar 9 km dari Pekan Kuah. Tapi taman itu dipenuhi dengan kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Tempat yang sesuai untuk membawa kanak-kanak mengenali pelbagai spesis burung dan mamalia.

Selepas puas bersiar-siar di sekitar Pekan Kuah, Auni pulang ke hotel dengan wajah kepenatan tapi berbaloi. Semua memori tersimpan kemas di dalam kotak ingatan dan memori telefon pintarnya.

Auni merebahkan diri ke atas sofa sambil menghilangkan keringat.

Lega. Puas dan bahagia. Seronok sebenarnya bercuti sendirian.

Badan direhatkan sementara menunggu waktu petang.

Sebenarnya Pulau Langkawi lebih sesuai untuk percutian keluarga, tapi Auni tetap merasai keseronokan bercuti sendirian. Sekurang-kurangnya walau dia sendirian di dunia ini, dia tetap bahagia.

Auni merehatkan badanya kerana malam ini dia akan ke pasar malam. Misinya

"Food hunting!"

Selepas maghrib, Auni bersiap-siap mahu keluar. Dia mahu memanfaatkan cuti dengan sebaiknya.

Auni tampak sopan dengan Palazo kembang menutup kaki panjangnya dan baju lengan panjang. Di kepalanya masih terlekat topi berwarna merah jambu muda dengan reben merah di hujungnya.

"Hai..." sapanya pada pekerja di meja receptionist.

"Hi, may I help you miss?" ramah gadis yang rambutnya kemas diikat rapi. Senyumannya juga tampak mencerminkan peribadinya yang menyenangkan.

"I nak pergi night market, but I heard there are some places and happen in different days? So How ehh?" soal Auni.

"Today is Wednesday, so Cik boleh pergi night market kat Pekan Kuah..." ujar gadis receptionist itu.

Auni senyum kecil. "Really, thank you..." sambil melambai-lambai dan bergerak pergi dengan lenggoknya.

Auni sukakan suasana pasar malam itu. Jarang dia menikmati suasana itu seterlah bertahun-tahun menetap di bumi asing.

Pelbagai makanan dicubanya. Seterlah jam menginjak ke angka 12 tengah malam, barulah Auni beredar seterlah sekian lama mencuci matanya. Di tangannya yang pada awalnya hanya melenggang kangkung, kini penuh dengan bimbitan beg plastik.

Auni pulang dengan riangnya kerana berjaya melaburkan wang ke dalam industri kecil dan sederhana di Malaysia.

Sewaktu melalui Lobi Resort, sekali lagi Tengku Aman terlihat kelibat gadis yang persis seperi Auni. Lenggoknya, warna rambut, ketinggian dan warna kulit. Cuma kelibat itu hilang bila dia cuba mendekati.

"Tengku?" soal Wirdad, pembantu peribadi Tengku Aman. Hairan dia bila Tengku Aman berhenti berjalan dan berpatah balik ke belakang.

"Do you see that girl?" soal Tengku Aman. Lurus jemarinya pada arah yang kosong tiada kelibat manusia pun.

"Girl? Girl mana Tengku?" Wirdad menyoal hairan. Sudut itu kosong, tiada bayangan sesiapa.

Dahi dan kening Tengku Aman saling bertaut. Tanpa bersoal lagi dia memulakan semula langkahnya. Meninggalkan Wirdad yang kehairanan kuasa dua.

"Takkan balik dari tapak projek terus je Tengku boleh nampak benda?" berkerut dia jadiknya.

Tiba-tiba bulu romanya naik mencanak. Tak toleh kiri kanan dah.

"Haihhh... mintak simpanglah! Takut!" lintang pukang dia lari mengejar Tengku Aman.

...

Next Plan, Kilim Geoforest Park!

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now