Part 9

4.5K 161 11
                                    

Esoknya bermula aktiviti hari keluarga mereka bila Tengku Bakri dan Tengku Rahimah tiba. Orang tua itu menolak bila disuruh berehat, malah ikut sertai aktiviti mereka.

"Ailee lama ke dekat Malaysia?" soal Mak Ngah.

"Ailee ingat mahu cari pengalaman dekat sini," jawab gadis itu.

ketika itu, mereka sedang menjamu secara santai beramai-ramai di bawah teduhan pokok dan berhampiran dengan kolam renang.

"Kamu serius?" soal Tengku Bakri. Dia hanya tenang tapi tetap memandang gadis itu serius.

Ailee angguk lambat-lambat. Sedikit sebanyak dia agak gerun dengan lelaki itu. Meskipun sudah berusia, tetapi Tengku Bakri tetap tampak hebat dan berwibawa.

"Kalau macam tu, kamu kerja saja dengan Tenku Group. Timba pengalaman..." saran Tengku Bakri.

Tanpa menunggu persetujuan Ailee, Tengku Bakri sudahpun membuat keputusannya.

"Ad!" jeritnya agak kuat. Tak padan dengan usianya. Risau pula Tengku Rahimah melihatnya.

Tengku Fahd yang sedang berdiri di tepi kolam mengawasi anak-anaknya bermain air itu berpaling. Lambaian Tengku Bakri kepada membuatnya dia mengangguk kecil.

"Fir, abang pergi sana," dia mengisyaratkan anak-anaknya yang masih di dalam kolam. Firyal mengangguk faham.

Tapi tak lama selepas itu, Firyal meninggalkan anak-anak kecil dengan kawalan Tengku Fayyadah untuk pulang membersihkan diri dan menunaikan solat fardhu.

Dalam ramai-ramai hanya Tengku Fayyadah saja yang dia paling percayai untuk tengok-tengokan anaknya.

...

Firyal baru sahaja selesai membersihkan diri. Dia keluar daripada kamar mandi dengan hanya bertuala. Rambutnya juga masih lagi basah. Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Firyal bergegas membersihkan badannya daripada sabun dan cepat-cepat keluar dari kamar mandi. Dia risau juga itu panggilan Tengku Fayyadah yang sedang menjaga anak-anaknya.

Dia tergesa-gesa keluar dengan membalut rambutnya dengan tuala kecil sambil berlari anak mendapatkan telefon pintarnya.

Tapi rupanya panggilan dari The Hans.

"Hello?" Firyal menyambut panggilan.

"Hello Kak Fir, Ini Hana..."

"Ya Hana, ada apa?"

Hana mula menceritakan masalahnya.

"Ohh, Tak apa, Hana emailkan pada akak, akak tengokkan..." putus Firyal.

"Okay... Thanks Hana, bye..." Talian dimatikan.

Baru sahaja menjauhkan telefon pintarnya dari telinganya, Firyal terjerit dengan agak kuat dek terkejut.

"Mama," bila dia dipeluk dari belakang.

Firyal menoleh ke sisi, melihat siapa di belakangnya. Kus semangat, suaminya rupanya. Tengku Fahd sengih.

"Ad!" marahnya perlahan. Bergetar dengan amaran.

Dibiarkan Tengku Fahd memeluknya dengan sedang dia memeriksa emailnya. Tiada email baharu dari supliers. Firyal letak semula telefon pintarnya di atas meja solek.

"Tepi, Fir nak pakai baju..." Firyal menepuk perlahan tangan suaminya yang erat di pinggang rampingnya.

Tapi Tengku Fahd tiada tanda-tanda mahu melepaskan. Malah siap menjatuhkan ciuman ringkas di bahu isterinya yang terdedah.

"Abang jangan nak macam-macam," Firyal memberi amaran.

"Mana ada, Fir yang goda abang dulu," balas Tengku Fahd serentak dengan ciuman yang naik ke leher isterinya.

Terkedu Firyal jadinya. Terus wajahnya memerah. Dia lupa keadaan dirinya yang hanya bertuala itu. Dan itu membuatkan terus tubuhnya mengeras.

Tengku Fahd memusingkan badan Firyal agar menghadapnya. Wajah Firyal masih seperti dulu, memerah dan malu-malu jika didekatinya. Wajah yang sentiasa semulajadi terhasil bila dia sedang menuntut haknya. Kemas dia memeluk isterinya agar tidak lagi dapat melarikan diri.

Wajah cantik yang kemerah-merahan itu begitu menggoda naluri lelakinya.

"Abang..." kata-kata Firyal mati bila bibirnya mula ditaut rapat oleh bibir suaminya.

Dada kedua pasangan sejoli itu berombak kencang. Firyal juga ikut membalas perlakuan suaminya. Tangannya juga ikut naik memeluk erat leher suaminya.

Namun hanya seketika, Firyal menarik semula wajahnya. Sedikit menjauh. Tapi tangannya masih erat melingkar di belakang tengkuk suaminya

"Anak-anak nanti cari..." ujar Firyal lembut. Perlahan dan sopan. Tidak mahu menyakitkan hati suaminya.

"Maksu cakap line clear," sebelah keningnya terjongket nakal.

Terus mata Firyal membesar.

Terus Tengku Fahd menyambung semula niatnya. Isterinya dikucup dan dibelai penuh kelembutan. Sehinggalah tuala di kepala Firyal terlucut dan isterinya direbahkan di atas katil.

...

Rambut Tengku Fahd yang sedang terlena itu diusap sayang. Firyal juga bermain-main dengan kening suaminya yang lebat. Seronok dia bila dahi Tengku Fahd berkerut-kerut kerana di ganggu.

"Huarghh!" sergah Tengku Fahd kuat serentak dengan mata terbuka luas.

Sebenarnya dia sudah lama terjaga. Dibiarkan saja tangan isterinya bermain-main dengan kening dan alis matanya.

"Ad..." marah Firyal seleret. Geram pula di rasa.

Dada suaminya yang terdedah itu ditampar dan Firyal kemudian bergerak-gerak mahu meninggalkan katil. Dia berusaha mencapai tuala di atas lantai.

Belum lagi berjaya mencapainya, tubuh dia pula yang dicapai Tengku Fahd.

"Nak lari mana?" Tengku Fahd senyum nakal.

Tubuh Firyal dibaringkan semula dan dia menindihnya. Terus satu ciuman ringkas singgah di pipi kanan Firyal.

Firyal kecilkan matanya. "Abangg!," marah Firyal

Tengku Fahd ketawa lepas seronok betul dia.

"Dah, tepi. Fir nak mandi," Firyal berusaha untuk bangun.

Dengan kepayahan tubuhnya yang dibalut comforter tebal, dia berusaha lepas dari suaminya. Tengku Fahd akhirnya membiarkan Firyal turun daripada katil. Senyuman langsung tidak pudar dari wajahnya.

...

"Mommy, mommy!" jerit Tengku Aidan gembira saat melihat kelibat bondanya.

Ketika itu Tengku Fahd dan Firyal sedang berjalan beriringan. Tangan kanan Firyal kemas dalam genggaman suaminya itu.

Tiga beradik itu sedang seronok bermain-main di gigi air dengan diawasi Tengku Fayyadah.

"Mommy where are you been?" soal Tengku Aidan tak berpuas hati. Dia yang paling mencari bila ibunya hilang.

"Why, do you miss me?" kepala si anak diusap lembut.

"I did," si kecil berumur lima tahun itu yang petah itu mengaku.

Firyal hanya ketawa.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now