PART 23

3.5K 152 16
                                    

Seminggu selepas kejadian itu, Firyal masih berusaha memulih semangatnya. Cuba melupakan apa yang berlaku. Tengku Fahd juga menyatakan dia sudah menguruskan segalanya. Apapun yang berlaku adalah rahsia mereka berdua.

...

Pintu bilik Tengku Yasmin diketuk.

"Come in," kedengaran suara dari dalam memberi izin.

"Busy?" soal Firyal sambil berjalan masuk dan duduk di kati Tengku Yasmin.

Tengku Yasmin sedang meneliti satu draf lukisan di meja kerjanya. Tidak Nampak sibuk lebih kepada gaya santai. Mungkin juga kerana hujung minggu.

"Not that busy, just fine..." kertas lukisan itu digulung semula dan diletakkan di atas meja.

"Why kak?" Tengku Yasmin bangkit dari kerusinya dan mendekati Firyal.

Tengku Yasmin nampak pendiam tapi sebenarnya ramah bila dengan orang tertentu.

"Can I ask about something, maybe more personal?" Firyal berbasa basi.

Dahi dan kening Tengku Yasmin bertaut.

Kakak iparnya itu jarang dan bukan jenis korek rahsia. Mesti hal penting ni.

"Sure kak, why?" Tengku Yasmin pula ingin tahu apalah yang dibenak kakak iparnya.

"About Auni dan Aman?"

Terus Tengku Yasmin tersenyum kecil dan mengangguk faham. Laju saja dia mengerti. Dia sejenak, dan bersuara.

"Apa yang akak nak tahu?" soalnya. Selesa bersimpuh dan mengadap kakak iparnya.

"Aman hate her so much, why?" tanya Firyal.

Tengku Yasmin dongak kepala ke atas. Memikirkan tentang hal itu.

"Its not like Aman hate Auni so much kak, cuma ada kisah yang tak patut berlaku antara mereka..."

Kini dahi Firyal pula bertaut rapat. Tidak mengerti.

"Okay, long short story, waktu dekat UK dulu kami bertiga berkawan. No there are four of us actually. Auni, Aman, Yamin and him..."

"Him?" berkerut dahi Firyal.

"Ini rahsia kak... janji jangan bagi tahu siapa-siapa?"

"Even my husband?" soal Firyal.

Tengku Yasmin terdiam.

"Abang Ad boleh pegang rahsia?" tanya Tengku Yasmin

Firyal ketawa kecil. Tengku Fahd punya masalah yang jauh lebih rumit daripada ada masalah ingin memikirkan soal sosial orang lain.

"Sure, he can..." balas Firyal.

Tengku Yasmin mengangguk kecil.

"So, his names was Daniel..."

"Good name," puji Firyal.

"And good looking too..." senyum Tengku Yasmin

Firyal ketawa. Permulaan cerita yang baik, jarang Tengku Yasmin mahu memuji lelaki lain.

"Dee was a good friend to us, his was a charming, smart and genius..." diam dan mengeluh seketika.

Kening Firyal terjongket sebelah bila matanya bertembung dengan mata Tengku Yasmin hari ini memuji anak teruna orang untuk pertama kalinya ditelinga Firyal.

"Semua pakejlah... tapi itulah, Allah lebih sayangkan Dee, dan dia pergi dulu tinggalkan kami..." nada kosong berlagu di bibir Tengku Yasmin. Wajahnya tenang saja saat menuturkan itu.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now