Part 31

5.4K 128 21
                                    

Tiba di Resort, Auni menonong laju. Dia yang berlengas habis itu mahu membersihkan diri secepat mungkin.

Kedua dia mahu lekas-lekas beredar dari pandangan Tengku Aman.

"Auni wait!" langkahnya terhenti.

"Dinners on me, tonight?" pinta Tengku Aman.

Tapi Auni diam membisu. Dia tidak mahu.

"Please..." rayunya bersama wajah kesian.

Auni tak sanggup menolak. Sudah lama Tengku Aman tidak begitu. Sudah lama lelaki itu tidak bercakap secara baik dengannya.

Auni akhirnya setuju.

"What time?" soalnya malas.

"9pm. I'll wait you here,"

Auni angguk sekali lagi. Macam sudah burung belatuk aje dia jadiknya. Ashik mengangguk saja. Kesudahnya dia mula beredar pergi. Mahu membersihkan diri.

...

Tepat waktu yang dijanjikan, Auni muncul di lobi dengan hanya memakai tshirt putih lengan pendek dan palazzo hitam separas buku lali. Auni melintasi kawasan dobi sambil menyilang tas tangan kecil di dadanya.

Sesekali dia duduk di kawasan sofa. Penat disitu dia berdiri di kawasan air pancut. Bila masih tidak muncul manusia yang dinanti, Auni mengintai pula di balik pokok-pokok hiasan di kawasan lobi. Wajahnya bosannya jelas terpampang.

Sesekali Auni menoleh jam. Sudah hampir 15 minit dia menunggu, tapi Tengku Aman tidak muncul-muncul. Kalau dikutkan 15 minit sudah dikira boek apa sebab dia tak cabut.

"Lagi lima minit tak muncul, sis blahhh!" rungutnya.

Dan Tengku Aman masih juga belum muncul.

"No message. No roger and out. And I got stand here for 20 minutes? What a damn life, Aman?" Auni sudah berang. Terus dia melangkah turun dari kawasan lobi dan bergerak ke kawasan Pantai.

Serius, Auni sangat bengang bila tahu dia dipermainkan.

Auni hanya berjalan tanpa arah. Lagipula kawasan pantai terang dan tidak sunyi. Jadi Auni memilih untuk bersiar-siap sambil boleh menenangkan hati sambil itu sempat dia membeli beberapa makanan tepi jalan yang dijual sekitar pantai.

Auni pulang semula ke kawasan hotel bila terasa yang hati dia sudahpun tenang. Malas mahu dikenang barang yang sudah lepas. Lagipula ini kenangan terakhir buatnya, sebaiknya dilupakan perkara-perkara yang tidak elok untuk emosinya.

Bila tiba di kawasan lobi, kelihatan Tengku Aman sedang elok saja berbual dengan seseorang. Sepertinya dia juga baru pulang pada masa yang sama.

Auni marah. Auni bengang. Tapi atas dasar apa dia mahu memarahi lelaki itu. Mereka berdua bukan lagi sahabat dekat.

Jadi Auni tayang muka relax saja. Buat apa nak marah-marah. Benda boleh settle.

Dengan selamba, buat-buat tidak nampak, Auni boleh saja melenggang kangkung di hadapan dua orang lelaki itu. Satu, Tengku Aman yang tidak aman buatnya, satu lagi entah siapa-siapa nama dia Auni tak nak ambil tahu.

"Auni wait!" sempat pulak dia menahan.

Auni berhenti. Penat ahh nak berdrama. Dia berhenti dan berpaling. Wajah kosong ditayangnya.

"Yes?" jawabnya. Kening sebelah kanan dijongket.

"Can we talk?" dia berjalan mendekati. Ditinggalkan rakannya disebelah yang berwajah terpinga-pinga itu.

"I'm busy. Belum makan. See?" beberapa beg plastik beraneka warna dan saiz di tanganya itu diangkat. Cukup tinggi untuk memahamkan lelaki itu.

Sudah janji, kotakan. Kalau tidak jangan berani janji. Macam Auni pula yang terhegeh-hegeh kali ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now