PART 11

2.9K 126 1
                                    

Jari jemari runcing Firyal ditautkan dengan jemari kasarnya.

Firyal yang tenang terlena disebelah itu direnung sayang. Tak lama selepas itu, dia mengucup dahi isterinya lembut sambil berbaring mengiring di sebelah isterinya

Sungguh, kalau dia tidak mengikutkan perasaan tidak sedap hatinya tadi untuk keluar mencari Firyal, rasanya sekarang yang berada di hadapannya hanyalah tubuh kaku, pucat dan tidak bernafas isterinya saja.

Sewaktu kejadian, Tengku Fahd baru sedang menutup pintu vilanya dengan perlahan kerana anak-anaknya sudah dibuai mimpi. Dan ketika itu juga Ailee muncul dalam keadaan cuak dan ketakutan mengatakan Firyal jatuh kolam.

Allah, hampir luruh jantung ketika itu dan pantas berlari mendapatkan isterinya. Bila dia tiba, isterinya sudah pun tergelam ke dasar kolam. Tak fikir banyak, terus dia terjun untuk mendapatkan Firyal.

Firyak terbatuk kecil dan bergerak-gerak mematikan lamunan Tengku Fahd.

"Sayang," panggil Tengku Fahd perlahan. Lelaki itu cukup risau.

Firyal cuba membuka matanya yang pedih dan bersuara dengan tekaknya yang perit.

"Fir okay..." ujar Firyal. Masih cuba untuk sadarkan dirinya yang mamai dan kepenatan.

Tengku Fahd menarik nafas lega. Sungguh. Bagaikan mahu tercabut segala urat saraf di otaknya saat memikirkan Firyal bakal pergi meninggalkan dirinya. Isterinya itu adalah harta yang punya harga.

"Siapa selamatkan Fir?" soal Firyal. Dia sedang menilik wajah ketakutan suaminya.

"What happen?" Tengku Fahd mengabaikan dan tidak mengendahkan soalan isterinya.

"Did you safe me?" soal Firyal lagi.

Tengku Fahd hanya diam. Bebola matanya tak lepas dari merenung isterunya. Dia kemudiannya mengangguk. Lambat-lambat sambil pipi isterinya dipegang dan diusap perlahan.

Firyal mula jelas ketakutan dalam mata suaminya. Pandangan yang cukup rapuh. Seakan dia benar-benar sudah tiada.

"Thanks..." ucap Firyal.

Tengk Fahd mengucup dahinya isterinya buat kesekian kalinya. Tidak tahu itu sudah masuk kali ke berapa kucupannya berlabuh.

"Sleep and rest..." tubuh Firyal ditarik dan dipeluk kemas ke dalam dakapannya.

Firyal memejam mata semula. Penat. Esoklah dia berjuang semula.

...

"What should I do, Wa?" soal Firyal.

Pagi-pagi lagi dia menghubungi sahabatnya untuk meminta pandangan. Menceritakan segalanya. Perihal hal semalam. Tapi dia tetap sembunyikan tentang hal dia ditolak jatuh ke kolam.

Jika Wardah tahu, berita itu akan disampaikan kepada suaminya, dan suami Wardah akan memberitahu suaminya. Jika Tengku Fahd tahu, Firyal risaukan keadaan Ailee yang mungkin tidak akan mampu untuk menjejakkan kaki ke Malaysia lagi.

Ailee mungkin ikutkan perasaannya saja.

"Ya Allah, apa perempuan tu fikir? Gila agaknya!" marah Wardah geram. Menggeleng Wardah jadinya.

Firyal hanya diam. Menjongket bahu. Mengeluh perlahan.

"Fight Fir! Jangan kau nak mengalah. Memang kerja gila kalau kau mengalah." Nasihat Wardah.

"Aku tahu..." dia mengangguk faham.

"Doakan aku Wa..."

"Aku senantiasa doakan kebahagiaan rumah tangga kau, insya'Allah..."

"Thanks wa... aku juga doakan kebahagiaan kau,"

Talian ditamatkan seterlah mendengar salam di hujung talian.

Firyal diam seketika memikirkan masalah yang harus dia selesaikan itu.

Ketawa Tengku Airis mencuri lamunan Firyal. Anaknya itu sedang seronok mengusik kakak kembarnya. Kaki Tengku Adra digeletek dengan Tengku Adra menggeliat kegelian.

Firyal pejam mata seketika. Menghapuskan bayangan mengarut semalam. Sehinggalah terasa tubuhnya dipeluk dari belakang.

"Still don't want to talk about what happen last night?" satu kucupan lembut singgah dibahunya yang tersarung tshirt lengan raglan.

"Fir tersadung kaki dan terjatuh..." Firyal berbohong. Malas mahu dipanjangkan isu tersebut.

Firyal berpusing menghadap suaminya. Tahu saja Tengku Fahd tidak akan percaya dengan alasannya.

"Then, kaki Fir cramp. I just can't swim... so that's why..." Firyal berhenti menerangkan dengan sengaja supaya Tengku Fahd mempercayainya.

Tengku Fahd mengangguk. Mengembus nafas berat.

"Fine..." dia akhirnya mengalah. Tahu, memaksa yang bagaimana sekalipun, Firyal tak akan bercerita.

Firyal tersenyum kecil kerana berjaya menyembunyikan sesuatu. Sembunyikan perasaan hatinya.

...

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now