Part 5

4.2K 176 15
                                    

"Don't kill him! Don't hurt it," Tengku Aidan menjerit-jerit di laman belakang rumah.

Terkejut dia bila ayam yang dimain kejar-kejarnya tadi sedang disebelih Atoknya.

Meraung terus Tengku Aidan bila ayam itu sudah siap disembelih dan menggelupur di atas tanah.

Semua orang di situ tidak lagi tefokus kepada ayam, tapi kepada Tengku Aidan yang sudah siap terduduk di atas tanah menangis-nangis.

"You hurt him. You bad. You bad." Ulangnya bersama tangisan.

Pantas Tengku Fahd mendukung Tengku Aidan. Sumpah dia terkedu riaksi Tengku Aidan seteruk itu.

"Babah, they kill him. They bad people." Tangisan masih juga belum reda.

"No sayang." Pujuk Tengku Fahd lembut.

Tengku Bakri kelihatan bersalah. Pertama kali ada orang mempersoalkan mengapa ayam disembelih.

Ketika itu Firyal bersama yang lain muncul di muka pintu dapur.

"Kenapa," kakinya menyarung selipar pantas untuk mendekati suaminya.

"Dia tengok Jacob kena sembelih..." Tengku Fahd menerangkan dengan riaksi yang bercampur aduk. Hati mahu rasa ketawa dengan keletah anaknya. Jiwa rasa kasihan dengan emosi anaknya. Aduhai...

"Lha," Firyal menggeleng kecil. Terus tubuh Tengku Aidan diambil.

"Come here," Firyal hulur tangan.

"Mommy they hurt him. They bad, mommy... they bad people" ulang Tengku Aidan tersedu sedan.

Semua yang ada di situ mahu terasa mahu ketawa tapi kesian pun ada.

"Tinggi betul empati anak kau Ad," Tengku Ilan ketawa kecil.

"Itulah..." Tengku Fahd menggeleng kecil. Dia senyum bersalah.

Dia terlupa bahawa Tengku Aidan memang pantang jika haiwan di sakiti. Empatinya tak bertempat. Malah, ikan goreng yang sudah siap berada dia atas pinggan sekalipun dimarahnya jika isi ikan itu dicubit.

...

Tengku Aidan menolak sebarang lauk apatah lagi jika ayam. Fikirnya masih teringat ayam yang disebelih atoknya tadi.

Akhirnya Firyal ambil inisiatif memasak kuah sayur saja untuk anaknya. Mahu bagaimana lagi, anaknya terlalu bijak untuk disangkal.

"Nasi dengan sayur aje Aid?" soal Tengku Ilan.

Tengku Aidan mengangkat wajah. Matanya dengan marah menjeling Tengku Ilan sebelum focus semula dengan nasi yang berada dalam pinggannya.

Semua ketawa dengan keletah anak kecil itu.

"Dia memang tak makan ikan ayam ke Fir?" soal Wan.

Firyal menggeleng. "Tak adalah Wan, makan aje. Tapi dia ni tak boleh tengok benda tu seketul-seketul. Apatah lagi kalau depan mata ayam tu kena sembelih, lagilah dia haru... tapi kalau isi ayam ke, ikan ke, tak apa kalau dia tak tengok,"

Semua di situ mengangguk-angguk. Seakan faham dengan kepelikan Tengku Aidan.

"Cerewet jugak anak kamu ni, macam abah dia..." ujar Mak Ita dengan ketawa kecil

Tengku Fahd hanya senyum kecil.

...

Mainan yang terletak antara pintu masuk dan tangga itu ditarik-tarik oleh tangan kecil itu supaya dapat merungkainya. Ketika itu tak siapa pun yang menyedari apa yang dilakukan anak kecil itu.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now