PART 27

2.6K 129 3
                                    

Auni tiba di malam peragaan koleksi terbaru pakaian Puan Sri Laila Serina dengan menggalas beg cameranya. Dia kelihatan tergesa-gesa keluar dari keretanya.

"Maaf cik, ni parking vvip." Tegur staf hotel.

"Haaa?" Auni garu belakang telinganya. Jam dikerling sekilas. Dia sudah terlewat 15 minit.

Ketika itu telefon bimbitnya berdering.

"Mana you?"

"Kat luar, I carik parking..." Auni memboloskan diri ke dalam kereta sepantas mungkin.

10 minit akhirnya Auni termengah-mengah berdiri di hadapan pintu utama dewan yang sudah tertutup rapat.

"Auni Hanis Azman," Auni memberi nama.

Tak sampai seminit staf itu berjaya mencari nama Auni.

Kemudian laju saja gadis itu menapak untuk masuk. Majlis sudahpun bermula 15 minit yang lalu. Habislah  dia kena marah dengan ketuanya kali ini. Kerana terlepas acara pembukaan.

"Where are you!" Suara Madam Oh tergelam timbul dengan suara background pentas peragaan.

"Sorry Madam, I'll explain later. Pantas camera miliknya disetting selaju mungkin. Mengahnya masih belum hilang. Itulah siapa suruh terlambat hadir. Kang sudah kelam kelibut

...

Sejam berlalu dan koleksi terbaru Puan Sri Laila Serina juga sudah habis diperagakan. Kini tiba ke acara penutup.

Tapi Auni tak boleh berlama. Sebaik sahaja tamat majlis, dia perlu bergegas ke lapangan terbang. Dia akan Singapura untuk Seminar Fotografi Nikon esok pagi.

Sebaik saja tamat acara penutup. Auni bergegas menyimpan cameranya.

"What time your flight?" Soal Madam Oh.

"5.30 am,"

Madam Oh kerling jam di tangannya.

Sudah pun 12.

"Ohh I think you should go now,"

"Alright. I'll keep updating you tommorow..."

"Okay," Madam Oh mengangguk.

Auni mencari kelibat Puan Sri Laila Serina di celahan manusia yang sedang berbual dengannya.

Bila terlihat, terus Auni pergi menyapa wanita itu.

Bahu wanita itu ditepuk perlahan sudah cukup membuatkan Puan Sri Laila Serina berpaling.

"Auni..." Puan Sri Laila Serina gembira suaranya. Mungkin kerana peragaannya kali berjaya mendapatkan perhatian majalah fesyen luar negara. Semua hasil pertolongan  daripada Auni.

Auni sebenarnya merupakan jurugambar professional dari Majalah Vogue yang terkenal dengan bidang fashion. Dulu dia berkerja di Eropah. Kini dia diminta ditukarkan cawangan Vogue di Malaysia. Madam oh adalah salah seorang ketua editor yang hadir pada malam itu.

"Auntie, Auni nak balik dulu..." maklum Auni.

"So fast?" Puan Sri Laila Serina agak terkejut.

"Auni ada event pagi esk. Maaf auntie..."

Auni senyum berbahasa. Tangan wanita itu disalam dan Auni terus pamit pergi.

Sewaktu keluar dari kawasan majlis tersebut Auni tersempak dengan Tengku Aman tapi otaknya kalut mahu pulang. Barang masih belum dikemas. Pasport lupa taruk di mana. Lens-lens camera belum digilap dan dicuci.

Jadi Auni memilih bergerak pergi kerana sudah berazam, walau sebanyak mana pun interaksi yang wujud antara dia dan Puan Sri Laila Serina, itu adalah antara batas urusan kerja dan langsung tiada kaitan dengan lelaki itu.

Dan Auni yakin dengan keputusannya untuk tidak lagi hidup dalam bayangan silam.

Dia akui silapnya kerana tidak secepatnya membetulkan kesilapan pada 5 tahun lepas.

Biarlah sejarah kekal sejarah. Yang penting dia perlu maju kehadapan.

"Yes! Auni sebenarnya boleh!"

Auni tetap melangkah laju. Tiap derapan kakinya berbunyi kuat dengan hentakkan kasut tumit tinggi dan lantai. Ini yang payah nak lari-lari.

Tapi beg camera ditarik dari belakang membuatkan Auni hampir terbaring. Mujur saja kakinya sempat terpasak kuat dan tidak senang untuk terjatuh.

"Kenapa you mengelak dari I?" Soal Tengku Aman. Wajahnya tidak berpuas hati.

Mengelak? Auni termanggu-manggu.

"I did not!" Keras Auni menafikan. Memanglah dia nak cepat. Mana asa dia mengelak.

"Jujur dengan I, you sengajakan buat macam ni?"

Terkedip-kedip mata Auni. "Buat apa?"
Sumpah dia tak faham. Dia buat apa?

"Berlakon staying low, konon jual mahal, pura-pura tak nampak I, you ingat I tak tahu semua taktik you! Macam perempuan murah Auni!"

Auni terkedu. Sumpah terus air muka berubah. Wajah terpinga-pinganya hilang. Diganti dengan sorotan tajam.
Selama mereka semua berkawan, belum pernah Auni dihina melalui cara begini.

Auni betulkan cara dia berdiri. Supaya nampak lebih tegas. Beg kameranya ditarik kuat siapa lepas dari gemgaman lelaki itu lalu dibetulkan sadang pada bahunya.

"Serendah itu I dimata you Aman. Sejijik tu, seorang Auni di fikiran you Aman... I," Auni telan liur kesat. Rasa ada batuan keras menghalang butir bicaranya.

"I nak ucap..." terhenti lagi. Auni tertunduk seketika sebelum dapat meneruskan bicara.

"Terima kasih... terima kasih atas budi dan kasih selama kita berkawan dulu. I akui I pergi tanpa penjelasan tapi harini I rasa maaf I dah tak berbekas pada hati you..."

Kepala Auni tergeleng-geleng beberapa kali. Seakan setiap patah pekataan yang cuba diucapkan tidak timbul di bibir. Auni sebenarnya sedang tahan esak. Sedih bila lelaki yang dicintai tulus itu memandangnya dengan murah, jijik dan perempuan tak bermaruah.

"I promise to you. Nothings will be more than todays. We're nothings afterwards. I'm just your mother's clients."

Dan Auni mula bergerak pergi meninggalkan Tengku Aman yang nampak mula sedar yang dia tersilap kata.

"Kadanglah bila emosi yang melepas kata, kita tidak lagi mampu mengundur rasionaliti yang ada..."

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now