Part 6

4.2K 181 8
                                    

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut hari raya aidilfitri. Baju baru juga Firyal sudah sediakan. Tahun ini mereka bakal beraya dengan baju berwarna biru langit lembut bagi Firyal dan kedua kembarnya dan biru laut bagi suami dan anak terunanya.

Baju yang sudah siap dicuci dan digosok itu dibawa dan disangkut di dalam almari di walk in wardrobe. Sedang dia terjengket-jengket untuk menyangkut pakaian...

"Allah!" Firyal terjerit kecil bila tubuh kurusnya dipeluk dari belakang.

"I miss you," Wajah Tengku Fahd tenggelam di bahu Firyal.

"Oh my..." tangan Firyal naik mengusap lembut kepala suaminya, bibirnya menguntum senyuman kecil.

Tubuh sasa suaminya ditolak agar menjauh sedikit darinya dan ditarik mengikutinya.

"Come," tangan suaminya digenggam kemas.

Firyal bawa suaminya katil.

"Baring sini," arah Firyal.

Tengku Fahd menurut. Diselesakan dirinya. Firyal juga ikut berbaring disebelah suaminya. Tangan didepakan dan terus Tengku Fahd masuk ke dalam dakapan isterinya. Dibenamkan wajahnya ke dada isterinya. Tangan kanannya pula memeluk pinggang ramping Firyal erat. Tiada kata yang terzahirnya antara mereka.

Firyal mengusap rambut suaminya perlahan. Diusap telinga suaminya lembut. Dimanjanya Tengku Fahd penuh kasih sayang.

"Miss me?" soal Firyal. Nadanya perlahan.

Tengku Fahd hanya mengangguk kecil.

"Are you okay?" tangannya masih bermain-main dengan telinga suaminya.

Tengku Fahd merengek perlahan persis anak kecil.

"You'll be fine," tangan Firyal kembali mengusap rambut suaminya. Perlahan. Penuh kasih sayang.

Lama mereka berdua berkeadaan begitu sehinggalah dengkuran halus Tengku Fahd kedengaran. Firyal senyum kecil. Perlahan-lahan dia menjarakkan dirinya. Tingkah penuh berhati-hati, bagai menarik rambut di dalam tepung. Takut sekiranya Tengku Fahd terjaga.

Tengku Fahd bergerak kecil bila pelukannya terlerai. Matanya terus terbuka dan dia mendengus kecil. Marah agaknya bila isterinya melepaskan pelukan. Dahinya terdapat kerutan, walaupun sedang mamai, mata helang begitu menakutkan.

Terus saja Firyal ditarik semula ke dalam pelukannya. Kali ini lebih erat. Malah kakinya juga ikut mengunci pergerakan Firyal. Lemas Firyal jadinya tapi tak pula dia membantah.

"You are mine tonight!" possessive. Penuh autoriti.

Firyal telan air liur. Tak berani mahu membantah. Lantas dibiarkan saja dirinya terlena dalam dakapan suaminya.

...

"Mommy... mommy..." suara tangisan Tengku Airis mengejutkan Firyal dari lena.

Dalam keadaan yang masih mamai dengan matanya cuba dibuka itu, Firyal cuba memboloskan dirinya dari pelukan Tengku Fahd untuk bangkit. Tengku Fahd juga terjaga bila Firyal menolaknya.

"Kenapa?" soal Tengku Fahd dengan suara serak basah. Matanya cuba dibuka seluas mungkin.

Firyal tak menjawab soalanya suaminya sebaliknya bergegas menuju kepintu. Daun pintu dibuka. Kelihatan Tengku Airis sedang menangis sambil memegang bunny dengan sebelah tangan.

"Why darling?" soal Firyal memujuk. Tubuh Tengku Airis diambil dan didukung masuk ke dalam biliknya.

Tengku Airis dibawa ke katil.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now