PART 16

2.8K 108 3
                                    

Firyal cuba membesarkan matanya. Tak Nampak. Cuba mengecilkan matanya, juga tidak jelas. Rasanya perlu memakai kaca mata barulah jelas.

Raut wajah seperti cukup dikenali. Lenggok badan juga seperti sudah sedikit berubah.

"Oh my, Nayla?" ujar Firyal perlahan. Kurang pasti.

"Why mommy?" Aid mengangkat wajahnya hairan.

"No, sorry..." kepala anaknya diusap perlahan.

"Aid could you stay here for awhile. Mommy nak jumpa kawan mommy sebentar."

"Okay, but don't be late mommy," pesan anak kecil itu.

Firyal mengangguk. Tali pinggang keledar dibuka dan Firyal pantas keluar dari kereta.

Bila ibunya beredar, pantas Tengku Aidan bergerak untuk mengunci pintu kereta. Tabiat yang diajarkan ibunya senantiasa.

Selepas bergerak keluar dari kereta, Firyal pantas mengejar wanita yang samar-samar itu.

"Nayla!" jeritnya agak kuat. Lengan wanita itu ditarik.

Wanita itu berpaling. Wajahnya agak terkejut.

"Firyal?" soalnya terkedu.

"Oh my, its you!" teruja bercampur terkedu juga.

"Ya Allahh..." terus tubuh Nayla dipeluk.

Tapi Nayla kaku.

...

"Dah besar anak kau Fir," Tengku Aidan yang sibuk menyedut minumannya direnung.

Kepala Tengku Aidan diusap Firyal. Mereka berbalas senyuman.

"Ehhh, anak kau mana Nay?" soal Firyal.

"England," jawab Nayla perlahan.

"Aku balik pun nak uruskan dokumen..."

"Not going back for good?" soal Firyal.

Nayla menggeleng. "Dah tak ada apa dekat sini untuk aku tinggal Fir,"

Firyal menarik nafas dan menghembusnya berat.

"Aku banyak salah dengan kau..." ucap Firyal.

"Tak Fir, aku yang banyak salah dengan kau. Aku tak sempat mintak maaf. Aku mohon kau maafkan aku Fir..."

"Nayla..." tangan Nayla digenggam.

"Aku doakan kau bahagia. Sentiasa..." ujar Nayla lagi.

"Aku sentiasa jugak harapkan kau bahagia..."

"Insya'Allah..." mereka berbalas senyuman.

"So how's life, Fir?" Suasana cuba diceriakan.

"Being a mother of three Tengku's. Its fun. But tired sometimes..."

Mereka berdua ketawa.

"So twins this time?" soal Nayla.

Firyal mengangguk.

Nayla ternganga. Dia hanya tahu Firyal mengandung kali kedua, tidak tahu pula Firyal melahirkan kembar.

"Oh my, mesti comel like you..." Nayla teruja. Firyal ketawa kecil.

Mereka mula bersembang. Bertukar cerita. Dan masa terus berlalu. Nayla perlu pergi, dia masih ada urusan yang perlu diselesaikan. Dia tak boleh berlama.

"Nayla, stay in touch..." pinta Firyal.

Nayla mengangguk. "Ini card aku," kad dihulurkan kepada Firyal.

"Aku masih guna nombor lama kalau kau masih simpan," kad tersebut disambut.

"Aku masih simpan..." balas Firyal.

"Nice too meet you again Fir..."

"Me too," mereka berpelukan sebelum Nayla betul-betul pergi.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now