PART 19

2.6K 107 1
                                    

"Mommy,"

Firyal dan Tengku Fahd berpaling serentak ke muka pintu.

Tanpa meminta Tengku Aidan melangkah masuk dan memanjat ke tengah katil. Dia sudah siap berbaju melayu itu duduk di tengah katil sambil memerhati tingkah ibu bapanya.

"Dongak," arah Firyal. Butang baju melayu cuba dipakaikan pada tempatnya.

"Sit still," marah Firyal bila Tengku Fahd tidak duduk diam.

"Abang..." Firyal terjerit kecil bila Tengku Fahd tak mendengar kata. Tangan tu kalau boleh mahu saja merayap ke kiri dan ke kanan. Tak boleh duduk diam.

Tengku Aidan ketawa. Seronok jadi pemerhati.

"Babah kena marah," ujarnya perlahan dalam sisa tawa.

Tapi tanpa Aid sedar, babahnya sudah pun siap didandan mommynya.

"What did you say...?" mata Tengku Fahd membulat bila mendengar ketawa Tengku Aidan.

Tengku Aidan yang tak sempat lari terus digeletek babahnya. Terjerit-jerit dia ingin melepaskan diri.

"Mommy, help. Help Mommy!" jeritnya meminta pertolongan. Ketawa anak beranak itu memenuhi ruang bilik.

Firyal hanya senyum menggeleng sebelum beredar. Dia perlu turun ke dapur untuk membantu.

...

"Auni?" panggil Firyal.

Gadis itu berpaling dengan senduk di tangannya. Ketika itu dia sedang mencedok lauk ke dalam mangkuk.

"Bila sampai?" dari atas hingga ke bawah Firyal merenung.

Auni kelihatan anggun dan cantik dengan baju kurung kebaya moden yang tersarung di tubuhnya.

"Baru lagi kak,"

"Ini untuk siapa?" soal Firyal mendekati.

"Ibu, tadi mintak tolong Auni suruh simpan sikit..."

Firyal mengangguk. Ikut membantu menyising lengan baju Auni supaya tak terkena kuah.

"Auni dah makan?" soal Firyal.

"Belum, akak?"

"Kita makan sama-sama nanti," ajak Firyal.

Auni senyum mengangguk.

"Kak, Abang carik...." Tengku Aman terhenti langkah dan tingkahnya di muka pintu.

Suasana sunyi seketika... pandangan Tengku Aman langsung tak lepas dari memandang Auni. Imejnya cukup berbeza dari biasa. Rambut disanggul dan diikat kemas sehinggakan leher jenjangnya kelihatan. Baju kurung berwarna biru muda juga kelihatan cantik ditubuh gadis itu. Auni kelihatan persis anak dara sunti yang mahal nilainya.

"Aman?" panggil Firyal bila adik iparnya terlalu lama merenung anak gadis orang. Tengku Aman pantas tersedar.

"Apa perempuan ni buat kat sini kak?" soal Tengku Aman kasar.

Terkedu Auni dibuatnya. Terus jatuh air mukanya. Dia menunduk segan. Tingkahnya mula terhenti.

Sedar dengan situasi itu, pantas Firyal menarik Tengku Aman keluar dari ruang dapur.

"Aman, tergores hati Auni, kenapa cakap macam tu?" Firyal tak berpuas hat.

"Yelahh kak, dia buat apa kat sini?" Tengku Aman ikut juga ikut tak berpuas hati.

"Akak yang ajak..." jawab Firyal mudah.

"What?" terbuntang mata Tengku Aman.

"Ibu yang suruh..." Firyal bela diri. Tersengih.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now