PART 22

3K 122 0
                                    

Suasana dan dekorasi café yang indah itu jugak tidak lagi menjadi perhatiannya. Kini perhatinannya tertunak pada gadis cantiK bertudung dihadapannya menjadi perhatiannya.

Auni juga setia menunggu perjelasan dari Tengku Aman.

"Ini Husna, bakal tunang I..."

Wajah Auni menjadi semakin keliru. Matanya mengecil. Dahinya berkerut. Sukar rasanya dia mempercayai kenyataan itu.

"I harap you dah boleh lupakan niat you," Tengku Aman langsung tidak memandang wajah Auni.

Auni agak terkesima. Sedari tadi Auni mendiamkan diri.

"Ini reason kenapa I tak boleh terima you, I harap you faham dan tak kacau I lagi..."Tengku Aman bangkit dari duduknya dan ingin berlalu.

"Jom sayang..." Tengku Aman senyum ke arah bakal tunangnya itu. Gadis yang bertudung itu juga ikut tersenyum

Auni terkedu. Tengku Aman mahu pergi begitu sahaja. Tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut.

"Aman nanti!" halang Auni. Betul-betul berdiri di hadapan Tengku Aman. Menghalang langkah lelaki itu pergi.

"I perlukan perjelasan..." ujar Auni. Teguh berdiri dihadapan lelaki itu walaupun berkasut tumit tinggi langsung tak goyah dia bediri.

"Husna, ambil kunci ni. Tunggu dalam kereta," kunci keretanya diserahkan kepada gadis itu.

Husna yang sedari tadi mendiamkan diri mengambil kunci itu dan terus berlalu pergi.

Sebaik sahaja Husna berlalu, Tengku Aman terus menghamburkan amarahnya.

"Apa lagi you nak Auni? Cukuplah dengan kenyataan yang I nak bertunang!" marah Tengku Aman. Perempuan ini langsung tidak faham Bahasa.

"I tak percaya, I nak tanya Puan Sri!" Auni mahu berlalu.

"You jangan nak mengada!" Tengku Aman menarik kasar lengan Auni menyebabkan tubuh itu terhuyung hayang seketika. Belagak lagi pakai kasut tumit tinggi.

Hampir terkehel kaki Auni akibat daya tarikan Tengku Aman yang mengejut.

"Apa you nak sebenarnya?" Tengku Aman menahan suaranya. Tidak mahu meninggikan suara. Café itu masih mempunyai pelanggan lain yang mahu menikmati suasana tenang tanpa kekecohan.

"I nak you Aman..." rayu Auni tanpa segan silu. Lengan Tengku Aman dipaut dan dipeluk.

Tangan Auni ditolak kasar dari lengannya. Pantas tubuh Auni ditolak menjauh darinya.

"I jijik dengan perempuan macam you! Lalang!" hambur Tengku Aman selamba.

Terkaku Auni dibuatnya.

"Tak cukup ke apa yang you dah buat 5 tahun lepas? Kenapa selepas 5 tahun you datang nak tagih cinta I? sebab I dah kaya? Dah berjaya?" Jerkah Tengku Aman. Wajahnya menyinga.

Ketika itu beberapa pelanggan café sudahpun mula menyedari kekecohan di meja hujung dalam café. Mereka mula berpaling dan tidak selesa.

"Kalau you rasa you masih punya harga diri, I harap jauhkan diri you dari I!" Tengku Aman malas mahu berlama, lagi banyak kerenah gadis itu nanti.

"Murah!" Sinis Tengku Aman buat kesekian kalinya membuatkan Auni terduduk semula di tempatnya.

Air matanya entah bagaimana boleh laju saja menuruni pipi sedangkan Auni bukanlah seorang yang mudah menangis. Kelibat Tengku Aman dipandang lirih.

Tertulis Di Tangan Takdir : Another Half StoryWhere stories live. Discover now