D E R H A K A

268 10 0
                                    

Seberapa purnama ku lari dari kenormalan,
Dengan tercungap melangkah ke alam baru,
Aku ibarat anak ayam yang dilepas bersendiri,
Di tengah kampung yang tidak ku kenali,

Mencari makan memerah keringat,
Hingga terlupa aku mencariNya,
Kini aku pulang semula ke tempat asal,
Tidak lagi lari dari kenormalan,

Ku bawa dosa yang telah lama kusandang,
Kini tiba masa aku sujud,
Tiba masa aku mencariNya lagi,
Tidak mahu lagi aku hidup dalam derhaka.

A K U Where stories live. Discover now