"Seriously?!" aku cakap lepas dengar cerita kebetulan Atim.
Ye la, nampak sangat 'kebetulannya'.
"Ya. Hana, aku seriusla. Buat ape aku nak tipu benda yang logik macam ni?? Kan aku pernah cakap, Dhirar selalu je makan kat kedai yang aku kena jaga tu," dia tengok muka aku dan bantai gelak pulak!
Mungkin dia tak nampak kot muka aku yang macam nak terkeluar darah ni.
Jap, sebab muka aku macam tu la dia tergelak,kan?
"Yelah-yelah. Sekarang ni soalan paling penting, kau nak pergi ke?" Dhirar ada jumpa Atim Kat kedai makan dia tengah hari tadi. Time dia tengah bayar, dia ajak atim pergi kuantan.
Dhirar cakap yang dia tahu yang Atim kapel dengan Luq (sape tak tahu kan? Diorang berdua kira kapel femes la sebab lama kapel.) Jadi dia ajakla Atim sebab dia pun nak pergi Uni Luq, nak jumpa member dia. Dari mana dia tahu Atim tu lama tak jumpa Luq pun aku tak tahu.
Tu yang aku suspicious!
Luq setahu aku memang ada kawan dengan kawan Dhirar(setakat boleh tegur sekali sekala je la) yang name Syakir. Luke tua setahun jugak dari kitorang. Mungkin dari Syakir kot Dhirar tahu yang Atim lama tak jumpa Luq tapi, still pelik! Cuba fikir dengan keadaan apa yang boleh menyebabkan si Syakir atau Luq sekalipun bercerita tentang benda macam ni? Ke memang laki pun akan sibuk-sibuk tentang love life kawan?
"Entahla. Aku rasa macam nak, aku memang dah lama tak jumpa Luq. Nak dekat 2 bulan dah. Lagipun Dhirar cakap kalau aku nak ikut, aku tak perlu rasa akward sorang-sorang, dia memang bawa sekali, jap. Sape ye nama budak tu.. " dia letak jari kat atas dagu tanda tengah fikir dengan gigih.
Adoila kawan aku ni.. Nak fikir nama pun nak serius semacam.
"Ha! Sumayyah. Dhirar cakap dia bawah Maya sekali." dia cakap macam dia dah menang something.
Aku?
Macam biasalah bila setiap kali nama Dhirar dikaitkan dengan nama Maya.Diam.
Sentap.
Dan, rasa macam ada orang tumbuk perut aku.Kadang-kadang aku rasa macam aku dengan tak malunya, buat unofficial claim kat Dhirar tu. Sebaik dalam hati je, kalau tak, tak tahu lah dekat mana aku nak letak muka ni. Orang tu dah la tak pernah cakap yang dia nak aku ke apa. Dah la siap buat macam-macam kat aku tapi still hati aku ni macam terberhenti pada saat sebelum dia buat semua tu. Hati aku still rasa dia ada sebab, dia tak salah sepenuhnya. Aku masih perlu percaya dia..
Hish, stress aku!!
"Maya? Em.. Tu awek dia ke?" aku tanya sebab aku tak cerita dekat Atim yang aku bukan setakat dah jumpa Dhirar(dan Maya), siap gaduh lagi ngan dia semalam.
Ok aku memang rasa bersalah tak cite kat dia sebab kitorang memang kongsi semua tu. Tapi gaya dia macam dia akan rasa kau cari pasal dengan Dhirar. Hm, aku tak suka betul ragu-ragu dengan kawan sendiri tapi at the end of the day, I'm still human. Lagipun tak berapa penting pun, kan?
"Entah. Tapi gayanya macam tu la. Aku tak tanya pulak," dia cakap sambil ubah tempat dari duduk kat karpet sekarang kat atas katil tepi aku.
"Oh. Em, kalau kau nak pergi, kau tau kan aku tak setuju just sebab aku risau fasal motif Dhirar. Tapi kalau kau nak, aku tau kau pandai jaga diri sendiri tak kira apa." aku cakap lepas lama diam.
"Aku tahu.. Tapikan aku dah cakap, Dhirar ok ngan aku. Aku tak rasa dia saje nak sakitkan hati kau. Dia memang baik dengan aku dari kau takde lagi, walaupun tak rapat, tapi ok." dia memang saje ke nak bagi ayat-ayat memaniskan Dhirar yang tak berape nak manis tu?
"Hana, I promise I akan basmikan diri dari kuman-kuman dia sebelum jumpa kau. Haha.." Atim sambung lagi dengan ayat tak berapa nak logik.
"Kuman? Dhirar ada penyakit apa?" Aku saja tanya soalan blur. Tapi, kalau memang ada orang dapar kesan dia ada penyakit otak ke demam sawan ke. Harusla aku pergi masak pulut kuning sekarang!
"Blur la kau ni Hana. Maksud aku, aku takkan bawak perangai dia yang kau tak suka. Hish la! Itu pun susah nak faham ka? Macam ni nak mengaku bff?" dia tanya ngan suara ala-ala merajuk.
Muka serius lagi tu!
"Ooh! Haha. Mestilah, yang tadi tu aku, aku. Ha! Aku test kau je.. Mana tahu, kau nak maksudkan benda lain ke." aku nafi dengan gelak tak ikhlas. Dari muka suspicious dia, dia tahu aku tak boleh dipercayai.
"Tak sangka dapat bf yang tak memahami macam ni. Dah! Kite putus kawan!" dia cakap versi arwah P. Ramlee dalam filem apa aku tak ingat.
"Tuanku, ampunkanlah patik" aku cakap dengan penuh tawadduk.
"Ha, taupun nak muliakan beta!" dia bantai gelak lepas pandang aku dengan pandangan bajet-bajet orang kaya tengok hamba. Cis punya kawan!
"Jadi kau memang akan pergi la ni? Dhirar nak pergi bila?" aku tanya bila dia dah habis sesi tegangkan urat perut dia.
"Sabtu. Hujung minggu ni la. Dia cakap nanti boleh stay kat hotel ayah tiri dia kat Kuantan tu. Lagipun bila fikir ada Maya aku ok sikit." Atim cakap sambil baring kat bantal.
"Kau jangan risau! Aku akan call kau setiap sejam sekali. Kalau kau tak angkat call kawan yang terbaik dalam dunia ni, siap kau!" dia warning sambil sempat angkat bakul sendiri.
"Tak payahla tuan hamba. Hamba kat sini takkan mati kering stakat kalau tuan hamba pergi sekejap. Hamba mungkin tak perasanpun Tuan takde. Tuan hamba tu yang patutnya call sebab tuan hamba tu tak boleh hidup kalau tak nampak batang hidung ni" aku angkat bakul jugak. Alang-alang dia dah angkat aku join la. Nama pun bff, haha..
"Ye la. Hamba ni la yang akan sunyi.." dia cakap dengan muka redha. Dia tu sebenarnya sedih aku tak tolong angkat bakul dia. Dia selalu cakap 'bakul aku berat sangat, tak larat dia sorang'.
Ish-ish, kawan aku ni kene makan ubat apa ye nak kurangkan panyakit berlagak dia ni? Ada cadangan?
"Korang duduk sana berapa hari?" aku tanya bila dia tepuk-tepuk bantal. Nak bagi selesa.
Aku relaks je walau ni fasal Dhirar(a.k.a orang yang buli aku) sebab, macam Atim pernah cakap, Dhirar tak pernah buli aku depan-depan. maybe dia adalah pencetus kebanyakanya(itupun sebab orang suka ikut cakap dia, akan cuba senangkan dia dengan benda yang diorang fikir dia nak), tapi aku lebih sedih dan marah sebab dia stop jadi kawan dan pelindung aku. Dia stop kesahkan aku dan buat macam sebab jadinya benda tu, semuanya salah aku dan dia sebenarnya mangsa.
Point aku, Dhirar secara umum memang tak jahat or nakal. Dia lelaki yang akan selalu diperhatikan dan selalu di'rebutkan'?. Kebanyakan perempuan mesti nak couple dengan dia dan kebanyakan lelaki nak kawan dengan dia. Diorang yang nak dekat dengan dia mestilah bukan sebab dia jahatkan?
"Dhirar cakap 2-3 hari. Uncle suruh dia survey hotel tu untuk expiriance dia nak manage hotel." dia menguap.
Aku diam dan fikir tentang Dhirar. Dia betul tak de agenda lain? Bukan nak gunakan Atim? Mana ada cara lain dah nak kenakan aku, kan? Aku dah rase semua. Atim ni je la yang tak ada siapa cuba sentuh lagi walau macam dah kena gam dengan aku.
Aku harap aku je paranoid lebih-lebih.
"Atim aku tak tahulah berapa kali aku nak cakap tapi aku just risau yang dia nak gunakan kau.. Aku tahulah yang kau boleh jaga diri tapi.. " aku pandang Atim bila dia diam dan tak menyampuk dengan kebusy-body aku ni,
Dia dah sampai kat bulan.
Aku senyum.Kawan, kawan. Aku membebel dia gi tidur. Dah la kononnye tak nak tidur selagi aku tak cerita story aku. Last-last kitorang gossip fasal dia je.
Aku selimutkan Atim elok-elok dan dengar dia gumam 'aku nak tu'. Entah apa la yang dia mimpikan tu.
Aku pergi tandas dan gosok gigi. Aku duduk kat hujung katil untuk sapu losyen kat badan dan nampak lampu baru terpasang kat bilik Dhirar.
Dia baru balik kut.
Aku baring dan termenung. Susah la pulak nak tidur bila fikir semua benda ni.
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Huh.. Siap jugak bab ni.. Thanks sebab baca.
Korang nak tak p.o.v dhirar?
Budak. Baru. Belajar
Like
Vote
Comment
Lots of ♥️♥️
YOU ARE READING
Hatiku Terhenti Disaat Itu
RomanceNama aku Hana Dhamira Orang panggil aku Hana Dia panggil aku Mira Tapi, Tu dulu, sekarang dia takkan sebutpun nama aku. Dia kawan baik, pelindung, abang, dan 1st crush aku. Tapi tiba2 dia berubah. Aku tak tahu apa aku buat untuk dia labelkan aku se...