Aku jalan ke kelas lepas parkkan kereta. Aku dapat kereta semalam. Papa ambil dari bengkel. Aku tak pasti macam mana boleh sampai disana, info yang diberikan papa hanya 'papa minta maaf Hana, haritu papa ada kemalangan sikit. Tapi papa dah hantar kat workshop so dalam 2 hari lepas Hana balik baru dapat.'
Sebab tu jugalah aku terpaksa tumpang Dhirar kelmarin.
Dan seperti biasa. Walaupun baru 3 hari aku dekat sini, aku dengar macam-macam gosip fasal aku.
Lupa pula, waktu aku buat 'drama' dengan Akmal dan Dhirar, dua article 'hangat' dapat dihasilkan. Ia sekarang dengan segala hormatnya terpampang di page facebook Uni.
Tak faham betul dengan orang yang kurang kerja ni. Tapi ikut logiknya, manusia mana pernah berhenti bercakapkan, kalau tak ada sebab pun orang boleh bercerita macam-macam, apatah lagi bila dah terang lagi bersuluh ada sesuatu hendak dipercakapkan.
Mereka buat artikel memang tidak guna nama sebenarnya guna initial, but bila dah cerita tentang orang popular, cepat sahaja ditangkap.
Tidak perlu tanya la ya, sememangnya banyak sungguh comment 'memberangsangkan' otak.
Ni girl baru akmal ke?
Wei2 aku ada kat situ..nampak macam D n akmal syok kat budak tu
Aku kelas ngan budak tu..dia baru transfer..bolelah..
Nampak macam kaki kikis..tengok la time dia buang bg lv dalam longkang!
Kesian D..aku dengar cerita yang tu sebenarnye ex dia tapi main kayu tiga ngan akmal..
Perempuan murahan gila dia ni..D tukan ngan fasha, nak jugak..
Hot kut dia tu..ada sape2 ada no contact dia?
Haritu aku ada nampak abg Dhirar datang ngan dia..diorang memang ada pape kut..aku tak pernh tgk abg Dhirar bawak org lain selain si fasha.
Mengamuk la si fasha..haha
Budak kelas aku ada yang sekolah ngan minah ni..dia ckp memang dari dulu pompuan tu asyik kejar Dhirar..kalau kejar je takpe tapi gaye macam obses je aku dengar..
Pompuan tu memang lawak la..aku nampak dia pijak kaki akmal..memang kalau aku jumpa aku bagi high five la..
(1) Reply
Eleh..kau berani cakap bende ni kat sini je..dah la guna nama fb rambang..Korang ni kang betul2 dia pompuan D or akmal..mati korang bab kutuk dia.
Pointnya ialah, semua akan mula masukkkan isi untuk sedapkan cerita andaian masing-masing.
Tapi kalau kat alam siber sahaja, tak la kisah mana, tapi bila di alam realiti ni, sakit juga telinga dengar. Nasib baiklah aku dah immune, bertahun-tahun aku latih telinga ni. Haha.
Aku masuk kelas dan lepaskan nafas lega bila kesuciaan telinga aku kembali terpelihara. Aku nampak Hethni, dia tengah bercakap dengan kawan dia. Aku selalu nampak dia dengan tiga orang tu.
Bila nampak aku duduk dia terus datang duduk tepi aku. Kawan-kawan dia tak fasal-fasal fikir aku dengan dia karang. Nampak aku, terus tinggalkan buddies dia.
Klik!
Aku dengar bunyi camera dan pandang arah tu, diorang cepat-cepat cover walau jelasnya aku dah nampak.
Kan? Tambahlah satu lagi gossip ni.
"Morning,"dia cakap sambil letak beg atas meja tepi aku. Dia macam tak terkesan walau aku tahu dia dengar juga.
"Morning. Awak nak ajak makan e?" aku senyum. Dia dari hari 1st gigih ajak aku makan. Aku pula bukan tak mahu, tapi papa sibuk, jadi memandangkan aku penumpang sahaja, nanti takut papa terkejar-kejar.
YOU ARE READING
Hatiku Terhenti Disaat Itu
RomanceNama aku Hana Dhamira Orang panggil aku Hana Dia panggil aku Mira Tapi, Tu dulu, sekarang dia takkan sebutpun nama aku. Dia kawan baik, pelindung, abang, dan 1st crush aku. Tapi tiba2 dia berubah. Aku tak tahu apa aku buat untuk dia labelkan aku se...